Pembelajaran Abad ke 21 ni perlu bersifat futuristik, fleksibal dan dinamik.
Kurikulum nya perlu berfokuskan 7 kemahiran iaitu:
1. Kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
2. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan
3. Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
4. Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
5. Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
6. Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
7. Kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Untuk memfokuskan 7 kemahiran tersebut, perlulah ada guru abad ke 21 dan palajar abad ke 21.
Ciri Guru Abad ke 21 adalah seperti berikut:-
1. Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
2. Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi
3. Memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka
4. Memahami psikologi pembelajaran
5. Memiliki kemahiran kaunseling
6. Menggunakan teknologi terkini.
Ciri Pelajar Abad ke 21 pula adalah seperti berikut:-
1. Berupaya membuat hubung kait
2. Bijak menyoal
3. Yakin berkomunikasi
4. Mengambil risiko
5. Dahagakan ilmu
6. Ingin tahu
7. Menjana idea
8. Fleksibal
9. Tidak putus asa
10. Mendengar dan membuat refleksi
11. Berkemahiran kritis
12. Menguasai kemahiran literasi
13. Berani mencuba
14. Mampu berfikir sendiri
15. membuat inisiatif
16. Mampu bekerja dengan orang lain
17. Membuat perubahan
18. Berintegriti
19. Berkeperibadian tinggi
Kedua duanya, guru dan murid perlu mengamalkan ciri abad ke 21 untuk menjayakan pembelajaran abad ke 21 ini.
Diharapkan kemenjadian murid akan lebih hebat dan terbilang dengan dasar yang baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan