Apa itu demam denggi. Ana cukup risau sekarang ni kan musim demam
denggi. Ana memang mengelakkan diri dan anak anak dari tempat yang kemungkinan
ada nyamuk, terutamanya pada waktu senja. So, kali nie Ana nak kongsi sikit
tentang demam denggi dengan semua.
Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan
nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu
dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia
tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi
denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut.
Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan
menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa
saintifiknya (genus Flavivirus). Kemudian, pesakit akan mengalami simptom seperti demam
tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit
pinggang luarbiasa dan diserang gatal-gatal.
