Salam sayang semua... Rasa macam dah bersawang plak blog kesayangan Ana nie... lama sungguh rasanya tak diupdate.... Oklah, entri kali nie Ana nak kongsi tentang diabetes atau pun nama lainnya kencing manis.... Diabetes ni adalah penyakit yg menyerang kita dalam senyap... kita tak tahu pun yang kita dah kena penyakit nie... huhu... sebelum tu, kita kenal dulu penyakit nie...
Apa itu diabetes/kencing manis nie... Diabetes/kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang
berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu
hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga
dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ
bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga
untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji
dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang
dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh
badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.