Saya seorang ibu yang bekerja!
Dewasa ini ramai ibu yang bekerja. Pagi hari bergegas ke
pejabat. Menjelang pukul 5 petang ibu-ibu mula gelisah gundah gulana bila masih
lagi berada di pejabat. Jasad di pejabat tapi otak fikirkan anak-anak yang
ditinggalkan di nurseri atau bersama bibik di rumah.
Bila sampai di rumah pula, sambil melepaskan rindu kepada anak-anak tu kena pula lakukan tugasan suri rumah pula. Memang penat. Itu belum lagi kalau si kecil nak mengempeng jer. Memang tak jadi kerjalah kerana terpaksa layan kerenah si manja ni. Walaupun sibuk dan penat tanggungjawab terhadap suami tetap dilaksanakan. Jangan mengeluh kerana takut tak dapat pahala. Orang perempuan ni senang nak dapat pahala dan senang jugak nak dapat dosa.
Hakikatnya berapa ramai ibu yang bekerja tahu akan kepentingan keperluan vitamin untuk membantu tubuh ibu sihat dan sustained kekal bertenaga?
