Memaparkan catatan dengan label hemoglobin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hemoglobin. Papar semua catatan

Cara Atasi HB Rendah Pada Ibu Hamil

Selamat malam semua… Dah 3 hari ana tak post entri untuk blog comel Ana nie… Jadi malam nie Ana curi masa jugak untuk berkongsi maklumat dengan semua. Hari nie Ana nak kongsi tentang cara mengatasi HB rendah pada ibu hamil. Waktu Ana mengandung baby Shafa’ dulu pun, Ana ada alami masalah nie… Nanti Ana ceritakan cara atasinya ye. Jom kita kenal dulu apa dia HB rendah nie J

Nama glomour di klinik kesihatan adalah HB rendah. Tapi sebenarnya, ia ada nama lain iaitu anemia atau pun kekurangan darah merah dalam badan iaitu hemoglobin (HB). Jadi semua ibu hamil perlu sentiasa mengawal kandungan darah merah dalam badan ye. Kena ambil tahu juga, ibu hamil bukan nya perlu tahu tentang asid folik atau kalsium sahaja. Anemia juga penting untuk kita ketahui semasa mengandung.