Kebanyakan wanita yang berada di fasa awal kehamilan (trimester 1)
akan mengalami morning sickness /loya pada waktu tertentu. Ada pada waktu pagi,
malam & ada juga sepanjang masa mengalami rasa loya ni. Tapi Ana dulu loya
lain tau… Ana tak boleh bau orang masak nasi, lagilah kalau masak dalam periuk nasi
tu… Mesti muntah. Heheheh.
Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik masuk ke usia
trimester 2. Ana pula dulu tak kena morning sickness tapi evening sickness…
bila petang dah balik sekolah tu rasa tak sedap sangat badan.. lagilah bila
sampai waktu asar nak masuk maghrib… Tapi semuanya hilang waktu kandungan Ana
mencecah 6 bulan. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga yang terpaksa
menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum
dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan
mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang
meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.