Susulan dari entri sebelum nie, vitamin untuk ibu hamil. Jadi, kali nie Ana nak berkongsi vitamin apa yang BOLEH dan TIDAK BOLEH untuk ibu hamil. Seperti yang sedia maklum, vitamin adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang ruang kosong dari diet pemakanan harian kita. Ibu hamil memang memerlukan makanan tambahan ini, tetapi ada yang boleh dan tidak boleh diambil semasa hamil.
Vitamin yang perlu
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.