Memaparkan catatan dengan label selsema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selsema. Papar semua catatan

Tips Jaga Anak Ketika Demam


TIPS JAGA ANAK KETIKA DEMAM

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

 
Tips Jaga Anak Ketika Demam


Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:

  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;

  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Tips dan Petua Merawat Selsema Pada Bayi Bawah 1 Tahun

Selamat malam… Malam nie kita kembali bersiaran…hehe… semua orang dah tidur dalam rumah Ana nie… Ana je yg tercogok depan lappy… Masih setia menaip dan berkongsi ilmu gaya hidup sihat dengan korang yang sudi menjenguk blog Ana nie… Oklah, kali nie Ana nak kupas tentang cara merawat selsema di kalangan bayi… Sebabnya, baby Shafa’ baru je baik demam.. Sejak lahir hingga 8 bulan umur usianya, inilah pertama kali Shafa’ mama nie demam…. Yang paling kesian tu, bila tengok hidung dia sumbat… nak suruh hembus hingus yang ada tu dia tak reti lagi… yang dia tahu nangis dan nak dipeluk je J
Ok.. Ana nak kongsi apa yang Ana buat untuk hilangkan selsema dia… Antara yang Ana tahu dan ada yang Ana buat dan ada juga yang Ana tak buat……
1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..

Merawat batuk dan selsema dengan Shaklee

Mesti ramai ibu ibu di sini yang anaknya batuk dan selsema... Kita sebagai ibu, memang berasa sedih dan kesian tengok anak anak yang diserang batuk dan selsema nie... Lagilah jika masuk waktu malam... lagi menjadi jadi batuk dan selsema nie.... hinggakan berlarutan sehingga anak boleh demam...
 
Walau bagaimanapun, penggunaan ubat batuk untuk kanak-kanak berumur lebih 2 tahun tetap kurang digalakkan kerana :

  • Demam, batuk atau selsema sering disebabkan oleh jangkitan virus. Anak akan beransur pulih dengan sendiri berdasarkan ANTIBODI dan tidak perlu ubat-ubatan.
  • Apa yang diperlukan oleh anak ialah rehat dan pengambilan air yang secukupnya.