Kali ni tice nak kongsikan pic semasa tice buat perbentangan kertas kajian tindakan 'Membundar menggunakan kaedah bukit'.

Seronok semasa membuat pembentangan... Perkongsian bersama rakan rakan pendidik...


Rekenrek... Alatan untuk membilang.

 Hai semua... Kali ni tice nak kongsikan cara membina rekenrek sendiri...

Apa dia rekenrek.... Rekenrek ini adalah alat untuk mengira... tambah, tolak dan darab dan bahagi...

Pengunaannya ikut kreativiti cikgu cikgu ye... ok, tice kongsikan caranya...






:) Selamat mencuba...

Mudahnya menjawab soalan melibatkan pertukaran unit Matematik

 Pertukaran unit... Murid suka keliru.. Nak darab atau bahagi.. 

Penyelesaian yg tice Ana buat... Cerita pasal pm tak mahu jadi gb dan gb yg nak jadi pm...
Kaitkan dengan

~ unit besar nak tukar kepada unit kecil => tak nak = simbol x, operasi darab
~ unit kecil nak tukar kepada unit besar => nak = operasi bahagi

Semoga ianya membantu yg lain...

Anak anak tice Ana ramai yg dah boleh ingat dan tak keliru...

Tice kongsikan pada gambar ye...


Tulis Sifir 9 dengan Cepat

 Sifir 9.... HHmmm... susuah ke nak hafal... itu yang tice tanya pada anak anak tice... Jawapan mereka... susah lah tice :(

Tice kata... mana ada susah... Tengok tice tulis... sekejap je dah siap... :)

Itulah cara saya nak bagi anak anak saya teruja nak tahu lebih lanjut... hehe... bagi mereka teruja...

caranya... rujuk gambar ye... :)


Senang sangat... 

Selamat mencuba... :)

Membundar nombor menggunakan Kaedah Bukit

 Hai semua... Kali ni tice nak kongsikan pula bagaimana tice ajar anak anak tice membundar nombor....

Kaedah ini memudahkan mereka ingat... Tetapi sebelum terangkan kaedah ini... konsep bundar mesti diterangkan dahulu... Bila dah jelas konsep, baru perkenalkan kaedah ini... :)

Ok, kita rujuk gambar ye...


Mudahkan... Murid suka tau... 

Selamat mencuba... :)

Kaedah Menulis Sifir dengan Cepat

 Assalamualaikum...

Hari ni Tice nak berkongsi tentang kaedah menulis sifir dengan cepat.

Selalu anak-anak tice di sekolah menghadapi masalah sifir ni. Budak generasi Z ni susah nak hafal sifir. Apa yang tice buat.... ini yang tice nak kongsikan... Hafal sifir sambil menulis sifir... Lama kelamaan, anak anak ini dapat hafal sifir... Merekatak sedar pun bila masanya mereka menghafal... :)

Ikut sahaja pic yang tice kongsikan tu ye... langkah demi langkah... :)

Sediakan petak 9 x 9
Isikan nombor 1 - 9, secara melintang dan menegak


Masukkan sifir 9 dahulu, mulakan dgn nombor di rumah sa dahulu.


Lengkapkan sifir 9 dgn menulis nombor di rumah puluh pula.. 
*note: boleh rujuk post saya yg sebelum ni. Kaedah menulis sifir 9 dgn cepat


Lengkapkan sifir 9 secara melintang pula. Guna kaedah yg sama utk tulis sifir 9 tadi.
Masukkan pula sifir 5.
Secara menegak dan melintang


Masukkan pula sifir 2 secara menegak dan melintang
Murid digalakkan untuk menambah berulang semasa mengisi petak sifir...
Teruskan menulis sifir yg seterusnya iaitu sifir 3, 4, 6, 7 dan 8
Buat secara menegak dan melintang


Akhirnya murid akan mengisi kotak 8x8 iaitu 64.
Siap sudah...
Mudahkan..

Latih setiap hari... Galakkan murid menulis petak sifir semasa periksa di atas kertas periksa... Mudah, sebab murid sekarang susah sangat nak hafal sifir...

Selamat mencuba ye... :)