Tips Kesihatan Mama Adni Selepas Bersalin.

TIPS KECANTIKAN DAN KESIHATAN UNTUK WANITA 30AN
1. Kawal permakanan
-proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. banyakkan makanan yang berserat tinggi sayur dan buah-buahan,kurangkan makanan berlemak,minuman yang mengandungi kafein,minuman ringan dan makanan ringan.
2. Gunakan pelembab yang sesuai
-Apabila umur kita menjangkau 30an keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang,oleh itu krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing, haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit muka.


Naturactor foundation
Naturactor foundation yang ana jual ye :)

 
3. Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari
-jangan biarkan kulit muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangka masa yang panjang. Pendedahan yang lama buka sahaja dapat mengelapkan kulit ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
4. Sentiasa bersenam
-bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan pastikan kita mengamalkan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. jikalau mempunyai masa lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

5. Minum banyak air putih
-kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum air putih yang banyak. Air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka, kekurangan jumlah air dalam badan,boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit selain itu air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin di dalam badan.
6. Makanan Tambahan
-Pengambilan makanan tambahan spt Vitamin amat penting dan digalakkan untuk wanita 30an. Kesibukan dengan tugasan pejabat atau pun di rumah menyebabkan para wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang,jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
Shaklee Supplement/Vitamin
Shaklee Supplements/Vitamins
 
7. Elakkan bermake-up tebal
-wanita 30an seelok-eloknya menggunakan makeup yang nipis dan beserderhana cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala,ianya dapat membuatkan wanita itu nampak lebih tua dan garang
8. Positif
-Ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30an mestilah mengamalkan sikap positif sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang disekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

Ana nak tambah sikit lagi... yang ini memang tips dari Ana sendiri. Ana memang amalkannye selepas bersalin anak ketiga nie. Balik ke sekolah semua kawan2 cakap Ana kurus... Seronok betul rasa... hehe... bangga diri sat...

Ana amalkan sejak dalam pantang lagi ye... ana tak ambik sebarang makanan selepas jam 7 malam... kena amalkan dalam 3-4 minggu baru nampak hasilnye... minum malam pun ana tak ambik... tapi ade lah jugak terskip tak makan malam tu, sebab kawan buat open house lepas raye hari tu kan... hehe..

lagi satu, ana amalkan bersenam jugak... lari 5 kilo setiap hari... nak bagi punggung tu hilang lemak la... Now, I dah kurus... hehe... (bangga lagi...) tapi kena kekalkan supaya boleh mantain macam nie...

So, cubalah try ye...

Cara Menjaga Kain Sutera...


Ada beberapa orang tanya mama kenapa mama pakai baju kurung sutera, tak nampak berkedut. Mama pun tak pasti kenapa kedut tak jelas kelihatan. Apa pun, mama nak berkongsi beberapa cara nak memelihara baju sutera. Sutera di sini adalah sutera yang Malaysia punya. bukan sutera Korea, sutera Vietnam, sutera China dan sebagainya.

Mama nak sentuh dari segi aspek cara membasuh sutera. Apa yang mama maksudkan adalah sutera yang bukan dry-cleaning. Yang jenis kita basuh dengan tangan jika mahu menjaga kualiti kain. Dulu mama pernah masuk mesin padahal dah guna setting baby wash~45 minit, tapi kesannya baju tak nampak shining lagi/ pudar. Menyesal sungguh mama, habis baju sutera mama... huhu....

Sebenarnye, cara membasuh sutera ialah guna pencuci seperti shower gel. Kemudian guna tangan nak hilangkan kotoran pada tempat-tempat yang mudah kotor/busuk seperti pada lengan, pinggang, leher, kaki kain. Jangan berus, jangan rendam sebab nanti mudah turun warna. Bila sudah guna tangan untuk hilangkan kotoran tu, terus bilas dengan air bersih.

Kalau ada mesin yang buka kat depan, spin sahaja dengan mesin itu. Spin sahaja! Spin berkesan sebab mengelakkan kain dari turun warna bila sidai. Namun begitu, jika mesin yang buka di atas, spin boleh rosakkan baju kerana mesin muka atas ni, cara berpusing tu agak brutal.

Lagi satu, mama nak ingatkan jangan perah sampai berputar dan berpusing kain tu. Cara senang, letak baju pada ampaian, tangan genggam kain yang bahagian atas dan perah sedikit-sedikit sampai la ke bahagian bawah kain. Tangan kita yang bergerak untuk perah, bukan kain yang bergerak ye cik sayang semua... :)

Semasa basuh, jangan sesekali guna softlan tau, sebab kain sutera lagi cepat pudar dan makin rapuh. Adik Mia Sara cakap terima kasih dalam iklan Softlan sebab buat tuala bau macam mama. Tapi, baju bau macam mama sebab softlan tak penting kalau ada yang kena marah oleh mama sebab rosakkan baju. hehe.... :)

Time sidai pulak, jangan sidai betul2 90 darjah bawah sinaran matahari. Pastikan pakaian anda diterbalikkan. Inside-out. Atau dalam erti kata lain, yang dalam tu dijadikan bahagian luar. Sinaran matahari yang terlalu panas, bukan sahaja ada UV, tetapi boleh menjejaskan warna kain. Kalau ampaian bawah garaj ke, okay lah tu.

Semasa gosok, seterika yang stim mudahkan kerja anda. Kalau tiada seterika stim, seterika biasa pun xpe. Lembab-lembabkan sedikit baju dan gosok.

Semasa tempah baju, buat 3 piping di pesak baju kurung itu, sekiranya ia adalah baju kurung. Baju sutera anda akan lebih tahan jika dijahit begini. Walau bagaimanapun, masa duduk jangan biarkan baju anda tegang. Angkat sedikit bahagian bawah baju sebelum duduk untuk elak baju tegang.

Untuk mudahkan kerja bila menggosok kain, semasa tempah, pesan kepad tukang jahit supaya jahit pada susun kain. Hampir semua baju kurung mama jahit macam ni sebab nak senang gosok dan boleh buat lasak sedikit.

Sebenarnya, jaga baju/kain sutera Malaysia ni tak susah kalau ada caranya. Selesa dan tahan lama jika pandai jaga. Kalau semua nak campak dalam mesin dan tak nak alami masalah baju rosak, beli kain yang tahan sedikit seperti kapas. Dan budak perempuan yang umur 1-2 tahun pakai baju kurung kapas sangat cute!

p/s: penjagaan sebegini sesuai untuk semua baju yang sensitif