Cara Menjaga Kain Sutera...

with 0 Comment

Ada beberapa orang tanya mama kenapa mama pakai baju kurung sutera, tak nampak berkedut. Mama pun tak pasti kenapa kedut tak jelas kelihatan. Apa pun, mama nak berkongsi beberapa cara nak memelihara baju sutera. Sutera di sini adalah sutera yang Malaysia punya. bukan sutera Korea, sutera Vietnam, sutera China dan sebagainya.

Mama nak sentuh dari segi aspek cara membasuh sutera. Apa yang mama maksudkan adalah sutera yang bukan dry-cleaning. Yang jenis kita basuh dengan tangan jika mahu menjaga kualiti kain. Dulu mama pernah masuk mesin padahal dah guna setting baby wash~45 minit, tapi kesannya baju tak nampak shining lagi/ pudar. Menyesal sungguh mama, habis baju sutera mama... huhu....

Sebenarnye, cara membasuh sutera ialah guna pencuci seperti shower gel. Kemudian guna tangan nak hilangkan kotoran pada tempat-tempat yang mudah kotor/busuk seperti pada lengan, pinggang, leher, kaki kain. Jangan berus, jangan rendam sebab nanti mudah turun warna. Bila sudah guna tangan untuk hilangkan kotoran tu, terus bilas dengan air bersih.

Kalau ada mesin yang buka kat depan, spin sahaja dengan mesin itu. Spin sahaja! Spin berkesan sebab mengelakkan kain dari turun warna bila sidai. Namun begitu, jika mesin yang buka di atas, spin boleh rosakkan baju kerana mesin muka atas ni, cara berpusing tu agak brutal.

Lagi satu, mama nak ingatkan jangan perah sampai berputar dan berpusing kain tu. Cara senang, letak baju pada ampaian, tangan genggam kain yang bahagian atas dan perah sedikit-sedikit sampai la ke bahagian bawah kain. Tangan kita yang bergerak untuk perah, bukan kain yang bergerak ye cik sayang semua... :)

Semasa basuh, jangan sesekali guna softlan tau, sebab kain sutera lagi cepat pudar dan makin rapuh. Adik Mia Sara cakap terima kasih dalam iklan Softlan sebab buat tuala bau macam mama. Tapi, baju bau macam mama sebab softlan tak penting kalau ada yang kena marah oleh mama sebab rosakkan baju. hehe.... :)

Time sidai pulak, jangan sidai betul2 90 darjah bawah sinaran matahari. Pastikan pakaian anda diterbalikkan. Inside-out. Atau dalam erti kata lain, yang dalam tu dijadikan bahagian luar. Sinaran matahari yang terlalu panas, bukan sahaja ada UV, tetapi boleh menjejaskan warna kain. Kalau ampaian bawah garaj ke, okay lah tu.

Semasa gosok, seterika yang stim mudahkan kerja anda. Kalau tiada seterika stim, seterika biasa pun xpe. Lembab-lembabkan sedikit baju dan gosok.

Semasa tempah baju, buat 3 piping di pesak baju kurung itu, sekiranya ia adalah baju kurung. Baju sutera anda akan lebih tahan jika dijahit begini. Walau bagaimanapun, masa duduk jangan biarkan baju anda tegang. Angkat sedikit bahagian bawah baju sebelum duduk untuk elak baju tegang.

Untuk mudahkan kerja bila menggosok kain, semasa tempah, pesan kepad tukang jahit supaya jahit pada susun kain. Hampir semua baju kurung mama jahit macam ni sebab nak senang gosok dan boleh buat lasak sedikit.

Sebenarnya, jaga baju/kain sutera Malaysia ni tak susah kalau ada caranya. Selesa dan tahan lama jika pandai jaga. Kalau semua nak campak dalam mesin dan tak nak alami masalah baju rosak, beli kain yang tahan sedikit seperti kapas. Dan budak perempuan yang umur 1-2 tahun pakai baju kurung kapas sangat cute!

p/s: penjagaan sebegini sesuai untuk semua baju yang sensitif

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright Ana Adni Collection 2011. Dikuasakan oleh Blogger.

SEBARANG PERTANYAAN?

SEBARANG PERTANYAAN?
HUBUNGI ANA

Jom BerShaklee

Jom BerShaklee
Jom Order :)

Terima kasih, datang lagi...

JOM LIKE PAGE FACEBOOK ANA

JOM LIKE PAGE FACEBOOK ANA
CIKGU VITAMIN ANA

PROMO TAMBAHAN

PROMO TAMBAHAN
MAC 2015

PROMOSI HEBAT

PROMOSI HEBAT
MAC 2015

Popular Posts

Set Subur Lelaki/Wanita

Set Kurus Shaklee Yang Superb

Set Ibu Menyusu Kekal Slim

Set Bersalin/Berpantang Yg Hot!!

About Me

Foto saya

Salhana Arshad @ owner of Cikgu Vitamin Ana... Saya Pengedar Sah SHAKLEE seluruh Malaysia. SID saya 1077743. Inspirasi sihat, bahagia dan berjaya :)

Followers Google+ Mama Adni