Tips penting ketika pergi bercuti

Hai semua... Assalamualaikum...

Cuti sekolah dan muncul. Ada perancangan untuk bercuti kemana mana tak? Ana... ofcos lah ada... Tak sabar nak tunggu en hubby cuti je... Ana dan anak-anak memang dah cuti sekolah... hehe...

Oklah ni Ana kongsikan tips penting ketika bercuti ye... untuk yang pergi bercuti dalam negara lah ye... ahak-ahak... oversea, Ana sendiri tak de pengalaman lagi... huhu...

Tips penting ketika pergi bercuti


Tips penting ketika pergi bercuti adalah...

1. Pastikan segala dokumen penting dibawa bersama.
Apakah dokumen penting tu ye? Salinan pun bawa gak... Contohnya,
  • kad pengenalan kita dan anak-anak.
  • Lesen memandu
  • kad ATM bank
  • kad insuran
  • peta (sekarang kita guna GPS je, download data terkini ye...)
  • Senarai nombor penting semasa kecemasan
Ana asingkan daripada dompet duit Ana. Yang salinan tu Ana simpan di dalam satu beg lain. In case, ada kecemasan dan seperti kehilangan... Ana tak hilang semuanya kan... Beringat-ingat selalu...

2. Barangan keperluan seperti pakaian dan barangan keperluan diri
Yang ni pun penting. Bawalah pakaian yang senang dipakai dan senang disimpan. Tak perlukan bawa banyak sangat barang. Iron pun boleh minta di bilik hotel je. Pakaian tak cukup boleh basuh je. Carilah kedai dobi syiling tu. Banyak dah sekarang ni. :) Dan jangan lupa ye, baju sejuk pun perlu dibawa sekali...

Barangan keperluan diri juga jangan dilupakan. Ana lebih suka bawa sendiri ubat gigi, berus gigi, sabun dan pencuci muka. Tak lupa juga, pencukur untuk en suami :)

3. Ubat ubatan dan barangan kesihatan dibawa dan mencukupi
Teramat-amat penting. Takkanlahkita nak sakit ketika bercutikan. Jadi, pastikan bekalan ubat dibawa bersama. Seperti inhelar untuk asma, ubat demam, batuk, cirit birit pun perlu jugak. Selain itu, Ana akan pastikan Ana membawa bekalan vitamin SHAKLEE untuk Ana sekeluarga... :)

Selalunya, Ana akan pastikan ketiga-tiga tips ni diikuti semasa pergi bercuti. Harap ia membantu. SELAMAT BERCUTI semua...