10 tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah

Jika kita bekerja, ada cukup masa ke nak mengurus rumah tangga. Lagilah jika kita tiada pembantu rumah. Balik kerja dah penatkan. Nak kena memasak lah, mengemas rumah lah dan kena basuh baju lagi.

Kalau awal berkahwin dulu, senang sahaja kita. Hanya ada suami yang perlu diuruskan. Apabila anak semakin bertambah, banyak benda yang kita perlu urus dan atur. Maka, perlu ke pembantu rumah? Jawapan Ana.... TIDAK PERLU... sebabnya...

10 tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah


Ana ada tips yang boleh digunakan. Ana pun buat tips ni jugak.

1. Membasuh dan menyidai pakaian setiap hari.
Basuh dan sidailah pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita.

2. Melipat pakaian selepas kering
Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiaphari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja.
Nak mudah lagi, banyak pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)

3. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Ana peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga Ana untuk stok seminggu. Ana gosok kemas-kemas dan gantung di penyangkut khas sedia untuk dipakai sahaja. Mudahkan... Jimat masa dan tenaga...

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti.

5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven.

6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasakita memasak tu, kita cuci jugak pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi.

7. Menyimpan semula barang di tempatnya
Yang ni, Ana latih anak-anak dan suami simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan dimerata-rata.

8. Mengemas rumah sebelum tidur
Ana juga akan pastikan rumah tersusun kemas sebelum Ana tidur malam  tu. Menyapu apa yang patut. Tak perlulah sampai mengemop bagai tu. Yang tu Ana buat hujung minggu sahaja. Ana pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, sebab ahli rumah ni tahu dah nak simpan barang. Ana hanya menyapu sahaja :) Esok petang, balik sekolah rumah dah siap tersusun.

9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Ana suka memilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Lagi satu Ana sukakan perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti.

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.

Mudah kan. Semuanya Ana dah buat dan Ana kongsikan dengan semua. Harap ianya membantu wanita bekerja untuk menguruskan rumah tangga tanpa pembantu rumah....

Bye...