Nak Murah Rezeki, Jom Jemput Rezeki dengan Semudah ABC

Assalamualaikum semua pembaca ceria blog Ana. Kali ni Ana nak kongsikan satu cara mudah semudah ABC utk menjemput rezeki. Senang ya amat.... Tak perlukan modal pun. RM0.10 pun tak perlu... Cuma kita sahaja yang nak buat atau pun tidak...

Apakah cara yang free tu? Rahsianya SOLAT DHUHA. Solat utk meminta kemurahan rezeki.

Rezeki yang macam mana ye? Jangan anggap wang ringgit sahaja adalah rezeki... Kesihatan yang baik, anak anak yang soleh solehah, pandai mengaji dan belajar juga adalah rezeki.... Suami atau isteri tang baik juga rezeki... kelapangan dada dan perasaan juga adalah rezeki...

Sememangnya Allah SWT adalah maha pemurah...

Waktu Solat Dhuha adalah daripada pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari lebih kurang.. Seelok-eloknya adalah antara pukul 9 hingga pukul 11 pagi...


Tatacara Solay Dhuha
 
 
Doa Selepas Solat Dhuha
=================

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu

dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah 
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang
Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh.

===========================

Ni Ana kongsikan licik lagu Doa Dhuha... semoga ia bermanfaat utk semua... Klik sini utk dengar ye...

Ada lagi rahsia menjemput rezeki ni... Bukan sahaja dengan SOLAT DHUHA, ada lagibeberapa cara mudah menjemput rezeki... Ana akan kongsikan dalam entri akan datang ye...

Jangan lupa ye... Nak cari vitamin SHAKLEE, boleh hubungi Ana ye... Jom sama-sama kita jemput rezeki dengan SOLAT DHUHA...

Buat dahulu, buat dalam tempoh dua minggu, insyaallah... baru tahu keberkesanannya...
 
Sebab Ana sendiri dah cuba... Alhamdulillah...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776