Kita sebagai ibu bapa perlulah memilih permainan yang sesuai untuk anak anak kita. Pilihlah permainan yang selamat dan tidak memudaratkan mereka.
Di sini Ana kongsikan tips untuk memilih permainan yang selamat untuk anak-anak kita.
1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
Ini penting sebab kita perlu tahu yang permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur berapa tahun. Sesuaikah dengan peringkat umur anak-anak kita.
2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
Anak patung memang sangat disukai oleh kanak-kanak perempuan. Pastikan ianya sesuai dengan anak kita ye. Elakkan yang mempunyai bulu yang panjang untuk anak yang berusia bawah setahun kerana dikuatiri mereka akan memakannya atau pun menyebabkan asma.
3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
Yang ini memang perlu dititik beratkan. Sekarang ini memang banyak baby gym yang dijual. Ada yang sesuai untuk merangsang fizikal dan deria bayi. Jadi pilihlah yang terbaik untuk bayi kita.
4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
Permaian seperti robot, keretamemang ada bahagian yang tajam. Elakkanlah membeli permainan seperti ini. Carilah permainan yang bulat sisi dan sudutnya.
5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
Permainan yang mempunyai bahagian yang kecil ni selalunya untuk kanak kanak yang lebih besar. Jadi pastikan anak-anak kita yang lebih kecil diberi perhatian jika ada permainan yang mempunyai bahagian yang kecil ini berada di dalam rumah.
6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.
Permainan dengan bahan bertoksik memang ada dijual. Selalunya permainan dari negara China menggunakan cat yang berwarna berkilat-kilat ada mempunyai bahan bertoksik ini. Jadi, elakkannya.
7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.
Elakkan juga membeli permainan yang senang tertanggal catnya. Kita boleh tahu dengan mengikis sedikit catnya untuk melihat sama ada ia mudah tertanggal atau tidak. Jika ya, elakkannya.
Semoga perkongsian Ana ni bermanfaat untuk kita. Jagalah insan kesayangan kita tu. Merekalah permata hati dan saham akhirat kita.