Siapa Mama Adni ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Kali ni entri Ana khas untuk memperkenalkan diri Ana kepada semua pembaca setia blog Ana ni. :)

Siapa Mama Adni ni? Siapa plak Adni? hehe... teka teki plak...




Oklah, nama penuh Ana yang diberikan oleh mak dan abah Ana adalah NOR SALHANA BT MOHD ARSHAD. Ana ni adalah puteri sulung kepada TN HJ MOHD ARSHAD dan PN HJH SALAMAH. Ana juga adalah suri hidup EN MOHD LATIFI B ANDUL GHANI. So, Ana di dah dimiliki ye... Ana dah jumpa pemilik tulang rusuk Ana ni... So, no entry tau... Ahak ahak... Kena bagi tahu awal awal, sebabnya... Akan Ana storykan pada entri yang lain ye...

Oklah, itu serba sedikit tentang diri Ana. Kenapa Ana suka bahasakan diri Ana ni Mama Adni :)
Sebabnya, Ana adalah mama kepada tuan puteri tersayang... NUR SHAFA' ADNI... Sebenarnya, Ana ada dua puteri ADNI ni... Cuma yang kakaknya sedang menunggu Ana di pintu syurga nanti... Insyaallah... Sebabkan NUR SYAZA ADNI lah, Ana sekarang adalah usahawan online ni.... :) Mungkin itu hikmat disebaliknya, yang Ana tak sedari dulu... Alhamdulillah, bersyukur sangat atas ujian dariNya....

Ana juga ada dua hero iaitu yang sulung MUHAMMAD IRFAN dan yang kedua MUHAMMAD RIFQI... Jadi buahhati pengarang jantung Ana dan en zauj adalah 4 orang... Alhamdulillah... Akan bertambah lagi bilangannya nanti :D

Family Cikgu Ana


Ana ni bukannya suri rumah sepenuh masa ye... Ana adalah suri rumah separuh masa je... haha...  Ana ni seorang guru. Ana sedang berkhidmat di SK BANDAR BUKIT KAYU HITAM. Alah sekolah yang paling utara sekali di semenanjung ni... tak sampai 1 km dah sampai Thailand tau.... Kalu mai jalan jalan di kedah ni, boleh lah jumpa ye... Asyik bertemu di blog sahaja. Teringin juga nak berjumpa dan bersua muka dengan semua :)

Ana juga adalah pengedar sah SHAKLEE. Macam mana Ana jatuh cinta dengan SHAKLEE... Boleh klik di sini ye untuk baca entry Ana tentang nya...

Rasanya itu sahaja untuk Ana kongsikan dengan semua... Blog ni memang medium Ana berkongsi cerita dengan semua... Dulu ana selalu kongsikan tentang hobi Ana iaitu kumpul fridge magnet... Tapi sekarang ni, dah macam macam ada dalam blog ni... Jumlah pelawat pun semakin ramai... Anda lah salah seorang darinya... 

hehe... oklah, jika anda nak Ana lawati blog korang plak... tinggalkan link di bahagian komen ye... pasti Ana akan blogwalking nanti... Jangan lupa tau... kalau nak beli SHAKLEE, bagi tahu Ana ye... Ada kawan yang berminat nak beli pun. boleh bagitahu tentang Ana pada dia... Oklah... bye bye... Cik Inspirasi Ana pun dah bangun tu... out dulu... :)

Salam sayang dari Ana untuk semua... Semoga ukhwah kita berpanjangan...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan