Kebas tangan, akut pada tangan...
Selamat malam semua... Kali ni Ana nak bercerita tentang satu penyakit ni... Ada yang bertanya pada Ana tentang penyakit ni apabila satu entri tentang set sendi Shaklee yang Ana tulis... Oklah, siapa pernah dengar Sindrom Carpal Tunnel? Apakah itu? Pada yang pertama kali mendengarnya pasti tidak
menyangka Carpal Tunnel ini sejenis penyakit yang kalau dibiarkan boleh
memudaratkan diri.
Sindrom Carpal
Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini
disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan
tangan menjadi semakin sempit.
Terowong ini
memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan
sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan. Tekanan pada
saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta
menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian
tangan.
Simptom
Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada
bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan
lengan.
Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:
1. Kebas pada
bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari
hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini
akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek
seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan
pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom
tersebut.
2. Kesakitan
yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau
ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara
berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah
pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan
jatuh.
Siapa yang berisiko mendapat Sindrom Carpal Tunnel?
Mereka yang
berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan
atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan
penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang ulang dan
dengan kuat.
Contoh
pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di
kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat. Walaupun
penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel
namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat
ini. Sindrom ini
berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan
tangan.
Punca Sindrom Carpal Tunnel berlaku
1. Penyakit
lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan
menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita
hamil dan amyloid.
2. Penggunaan
tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian
pergelangan tangan.
3. Jantina:
Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya
berlaku selepas menopaus.
4. Keturunan:
Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan
fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.
5. Keadaan
kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami
gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang
menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa
hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.
6. Mereka yang
merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk
berbanding mereka yang tidak merokok.
Itu perkongsian Ana tentang penyakit Sindrom Carpal Tunnel ni... Semoga kita semua jelas tentang penyakit ini...
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan