Tips rumah kemas tersusun rapi

Alhamdulillah... Settle dah entri sebelum ni... Ana nak sambung next entri plak. Kali ni Ana nak kongsikan tips rumah kemas dan tersusun rapi semua perkakasannya...

Mudah je... Apa yg Ana kongsikan ni adalah apa yg Ana amalkan...
Caranya...
1. Hanya barang yg perlu sahaja dan diletakkan di tempat yg senang diambil. Yang tak selalu guna tu simpan je di tempat tertutup dan terlindung. Contohnya dalam stor.

2. Kurangkan perabot dan perkakasan. Yg ni Ana mudah sangat, sebab Ana ni seorang yg simple je... Memang tak suka barang banyak banyak dlm rumah.

3. Simpan semula barang selepas digunakan. Ha... Yg ni paling susah nak buat kalau anda tak biasa. Macam Ana memang dah tabiat. Simpan semula sebab tak suka tengok bersepah. Tapi Ana ada masalah nak biasakan en suami dan anak anak... Alhamdulillah, dah boleh ikut walaupun tak seberapa sangat...

4. Lagi satu, kalau dah siap memasak tu terus kemas, basuh apa yg patut dan lap semua dapur dan kabinet dapur tu... Barulah cantik dan kemas...

5. Ana ni memang jenis setiap malam kemas semuanya sebelum tidur. Sebab esok pagi senang je. Terus pergi sekolah je....

Oklah, rasanya cukuplah 5 tips kemas rumah yg nak Ana kongsikan. Anda cuba amalkan ye... Insyaallah rumah cantik dan kemas nanti...

Ok, kita jumpa dalam entri seterusnya ye... Kay, bye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan