Kenapa Jatuh Cinta Dengan MLM yang Teruk ni...

Hai semua.

Ada cerita tentang MLM yang teruk dan cekik darah... Selalu sangat kita dengar, baca dan lihatkan... Kena headhunting semua tu... Sistem piramid lagi... Mengkayakan upline.. Teruk sunggih MLM ni...

Benar ke??? Ada ke MLM yang mematuhi syariah? Pernah ke anda kaji sebelum menyebarkan sesuatu yang tak betul...

Ana dah jumpa MLM yang best... Ana dah kaji dan bertanya... Memang Ana jelas dengan sistemnya... Tapikan.... Dengar plak ia boleh menyebabkan cyst!!!... Bersekongkol dengan Israel!!!.... :(

Pernah dengar tentang keburukan Shaklee... Kalau tak pernah, boleh klik  di sini....  Ana kongsikan...

Ramai yang mengviralkan di dalam internet tentang "S*%#&!e effect" ni. Tetapi betul ke?

Cuba klik link ni... hayatinya ye...  :) :)

Terjebak dengan MLM secara tak sengaja. Sebenarnya untuk guna sendiri dan suka suka sharing sahaja.

Samalah dengan Ana pun... Beli utk guna sendiri sahaja. Dah guna dan rasai keberkesanannya. Terus jatuh cinta... Bagaimana Ana jatuh cinta dengan MLM ni, klik di sini ye...

Banyak dah yang Ana kongsikan kenapa Ana jatuh cinta dengan MLM yang teruk ni... Tapi Ana yakin sangat... Dan bangga berada dalam susur galur group Eutopia, Jutawan Family, iReach Family, Rich Family, Superb Family... Jika rasa nak tambah pendapatan dan membantu ekonomi keluarga... Jom join Ana dalam Cinta Family...

Kenapa Jatuh Cinta Dengan MLM yang Teruk ni...


Hubungi Ana ye...

Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tips penting ketika pergi bercuti

Hai semua... Assalamualaikum...

Cuti sekolah dan muncul. Ada perancangan untuk bercuti kemana mana tak? Ana... ofcos lah ada... Tak sabar nak tunggu en hubby cuti je... Ana dan anak-anak memang dah cuti sekolah... hehe...

Oklah ni Ana kongsikan tips penting ketika bercuti ye... untuk yang pergi bercuti dalam negara lah ye... ahak-ahak... oversea, Ana sendiri tak de pengalaman lagi... huhu...

Tips penting ketika pergi bercuti


Tips penting ketika pergi bercuti adalah...

1. Pastikan segala dokumen penting dibawa bersama.
Apakah dokumen penting tu ye? Salinan pun bawa gak... Contohnya,
  • kad pengenalan kita dan anak-anak.
  • Lesen memandu
  • kad ATM bank
  • kad insuran
  • peta (sekarang kita guna GPS je, download data terkini ye...)
  • Senarai nombor penting semasa kecemasan
Ana asingkan daripada dompet duit Ana. Yang salinan tu Ana simpan di dalam satu beg lain. In case, ada kecemasan dan seperti kehilangan... Ana tak hilang semuanya kan... Beringat-ingat selalu...

2. Barangan keperluan seperti pakaian dan barangan keperluan diri
Yang ni pun penting. Bawalah pakaian yang senang dipakai dan senang disimpan. Tak perlukan bawa banyak sangat barang. Iron pun boleh minta di bilik hotel je. Pakaian tak cukup boleh basuh je. Carilah kedai dobi syiling tu. Banyak dah sekarang ni. :) Dan jangan lupa ye, baju sejuk pun perlu dibawa sekali...

Barangan keperluan diri juga jangan dilupakan. Ana lebih suka bawa sendiri ubat gigi, berus gigi, sabun dan pencuci muka. Tak lupa juga, pencukur untuk en suami :)

3. Ubat ubatan dan barangan kesihatan dibawa dan mencukupi
Teramat-amat penting. Takkanlahkita nak sakit ketika bercutikan. Jadi, pastikan bekalan ubat dibawa bersama. Seperti inhelar untuk asma, ubat demam, batuk, cirit birit pun perlu jugak. Selain itu, Ana akan pastikan Ana membawa bekalan vitamin SHAKLEE untuk Ana sekeluarga... :)

Selalunya, Ana akan pastikan ketiga-tiga tips ni diikuti semasa pergi bercuti. Harap ia membantu. SELAMAT BERCUTI semua...

Tips Memilih Permainan Anak Yang Selamat

Kanak-kanak dan permainan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka memang memerlukan alat permainan untuk merangsang minda dan pemikiran mereka. Mereka boleh belajar daripada permainan mereka.

Kita sebagai ibu bapa perlulah memilih permainan yang sesuai untuk anak anak kita. Pilihlah permainan yang selamat dan tidak memudaratkan mereka.

Di sini Ana kongsikan tips untuk memilih permainan yang selamat untuk anak-anak kita.

1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
Ini penting sebab kita perlu tahu yang permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur berapa tahun. Sesuaikah dengan peringkat umur anak-anak kita.

2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
Anak patung memang sangat disukai oleh kanak-kanak perempuan. Pastikan ianya sesuai dengan anak kita ye. Elakkan yang mempunyai bulu yang panjang untuk anak yang berusia bawah setahun kerana dikuatiri mereka akan memakannya atau pun menyebabkan asma.

3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
Yang ini memang perlu dititik beratkan. Sekarang ini memang banyak baby gym yang dijual. Ada yang sesuai untuk merangsang fizikal dan deria bayi. Jadi pilihlah yang terbaik untuk bayi kita.

4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
Permaian seperti robot, keretamemang ada bahagian yang tajam. Elakkanlah membeli permainan seperti ini. Carilah permainan yang bulat sisi dan sudutnya.

5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
Permainan yang mempunyai bahagian yang kecil ni selalunya untuk kanak kanak yang lebih besar. Jadi pastikan anak-anak kita yang lebih kecil diberi perhatian jika ada permainan yang mempunyai bahagian yang kecil ini berada di dalam rumah.

6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.
Permainan dengan bahan bertoksik memang ada dijual. Selalunya permainan dari negara China menggunakan cat yang berwarna berkilat-kilat ada mempunyai bahan bertoksik ini. Jadi, elakkannya.

7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.
Elakkan juga membeli permainan yang senang tertanggal catnya. Kita boleh tahu dengan mengikis sedikit catnya untuk melihat sama ada ia mudah tertanggal atau tidak. Jika ya, elakkannya.

Tips Memilih Permainan Anak Yang Selamat


Semoga perkongsian Ana ni bermanfaat untuk kita. Jagalah insan kesayangan kita tu. Merekalah permata hati dan saham akhirat kita.


Rahsia anak sihat dan ibu gembira

Pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah ini. Mungkin anda salah seorang daripada mereka ini... "Anak saya selalu tak sihat..." "Anak saya tak mahu makan" "Anak saya tak aktif je" "Anak saya selalu deman dan batuk apabila musim sekolah bermula"... Masalah sungguhkan... Lagilah jika ia melibatkan buah hati tersayang kita....

Ana pun sama. Anak Ana yang kecil ni Ana hantar ke nursery. Pastinya akan deman jikalau ada kanak-kanak lain yang demam sama di nursery tu.

Lain plak kes nya dengan si abang yang nombor dua tu. Yang ni susah sikit nak makan. Memilih sangat. Asyik nak makan ayam sahaja. Nasi dan sayur susah sungguh nak makan. Jenuh berpujuk.

Yang sulung plak, hilang fokus dalam pelajaran. Penat jugaklah mama ni membebel dan suruh belajar untuk peperiksaan.

Tetapi semua tu, Ana dah tak alaminya. Bye bye dah... Rahsia anak Ana sihat dan Ibu pun gembira...


Rahsia anak sihat dan ibu gembira
Wajah-wajah kesayangan Ana.


Apa yang Ana buat??? nak tahu... Ana hanya berikan kepada anak-anak Ana vitamin yang diperlukan oleh mereka. Selebihnya, Ana berdoa dan tawakal... Alhamdulillah... berjaya...

Apa rahsia Ana.... Rahsia Ana sama dengan ibu-ibu dalam video ni... Jangan lupa klik di sini ye kalau nak tahu rahsia kami. Kami nak kongsi rahsia ni. Rugi kalau tak klik :)

Kami semua berpuas hati. Ramai lagi yang berpuas hati... Anda pulak???

Mereka berpuas hati... Anda perlu cuba untuk buah hati tersayang anda... :)

Maklumat lanjut, boleh klik di sini ye... Ada Ana kongsikan....

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

10 tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah

Jika kita bekerja, ada cukup masa ke nak mengurus rumah tangga. Lagilah jika kita tiada pembantu rumah. Balik kerja dah penatkan. Nak kena memasak lah, mengemas rumah lah dan kena basuh baju lagi.

Kalau awal berkahwin dulu, senang sahaja kita. Hanya ada suami yang perlu diuruskan. Apabila anak semakin bertambah, banyak benda yang kita perlu urus dan atur. Maka, perlu ke pembantu rumah? Jawapan Ana.... TIDAK PERLU... sebabnya...

10 tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah


Ana ada tips yang boleh digunakan. Ana pun buat tips ni jugak.

1. Membasuh dan menyidai pakaian setiap hari.
Basuh dan sidailah pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita.

2. Melipat pakaian selepas kering
Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiaphari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja.
Nak mudah lagi, banyak pakaian yang disangkut menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)

3. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Ana peruntukkan 1 jam setiap hujung minggu untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga Ana untuk stok seminggu. Ana gosok kemas-kemas dan gantung di penyangkut khas sedia untuk dipakai sahaja. Mudahkan... Jimat masa dan tenaga...

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti.

5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven.

6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasakita memasak tu, kita cuci jugak pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi.

7. Menyimpan semula barang di tempatnya
Yang ni, Ana latih anak-anak dan suami simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan dimerata-rata.

8. Mengemas rumah sebelum tidur
Ana juga akan pastikan rumah tersusun kemas sebelum Ana tidur malam  tu. Menyapu apa yang patut. Tak perlulah sampai mengemop bagai tu. Yang tu Ana buat hujung minggu sahaja. Ana pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, sebab ahli rumah ni tahu dah nak simpan barang. Ana hanya menyapu sahaja :) Esok petang, balik sekolah rumah dah siap tersusun.

9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Ana suka memilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Lagi satu Ana sukakan perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti.

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.

Mudah kan. Semuanya Ana dah buat dan Ana kongsikan dengan semua. Harap ianya membantu wanita bekerja untuk menguruskan rumah tangga tanpa pembantu rumah....

Bye...

Bersedekah Menjemput Rezeki...

Assalamualaikum semua...

Kali ni Ana nak berkongsi tentang kaedah kedua untuk menjemput rezeki. Apakah itu?

Bersedekah...

Bersedekah memang banyak kaedahnya. Kadang ada kalanya kita tak sedar pun yang kita sebenarnya sedang bersedekah. Memang kita dah amalkan...

Oklah kali ni, Ana nak kupas tentang tajuk ni plak...

Janji Allah tentang sedekah


Pertama sekali selepas bangun tidur, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita. Takkiralah sama ada mereka masih hidup atau sudah mengadap Ilahi. Yang penting sedekah kita kepada ibu bapa tersayang kan :) Senang bukan!!

Ada lagi cara yang mudah, apabila kita bangun untuk solat subuh atau pun awal sedikit, solat taubat dan solat tahajud... Kita tarik duit dalam purse kita nak asingkan ke satu tabung....  Yang ni Ana panggil infaq subuh... Niatkan untuk didermakan kepada mereka yang memerlukannya... Tak kiralah beberapa ringgit pun. Asalkan ikhlas memberi... Dan apabila akhir bulan, kita sedekahkan... 

Lagi satu, kita juga boleh niat macam ni ketika kita nak keluar rumah... Aku nak bersedekah kepada mereka yang aku jumpa nanti... Lagilah jika kita keluar ke pasar pasar malam contohnya... ramai jugak mereka yang memerlukan berada di situ... Niat sedekah kepada mereka... Duit memang kita dah asingkan semasa infaq subuh tadikan :)
 insyaallah akan ada rezekinya...

Tetapi sedekah yang paling afdal adalah sedekah kepada saudara mara terdekat kita. Apa yang kita nak sedekahkan.. Wang ringgit sahaja ke??? tak semestinya. Sebenarnya, apa sahaja yang mampu membuatkan insan itu gembira... itu namanya sedekah...Allah swt, gandakan berganda-ganda apa yang kita sedekahkan ini... Insyaallah...

Dan yang terakhir, yang paling paling mudah... senyuman adalah satu sedekah. Percuma sahaja tanpa sebarang modal... Mudahkan. Banyakkan senyuman, banyakkan sedekah... Maka banyaklah aura positif di sekeliling kita...

Jadi, pesan Ana, jangan lupa bersedekah ye... Satu kaedah mudah untuk menjemput rezeki... Ana dah mula, anda bagaimana? Jom sama-sama menjemput rezeki dengan cara bersedekah...

Berminat untuk membeli vitamin Shaklee kan... Hubungi Ana ye...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Takut Suami Kawin Lain Sebab Kulit Muka Kendur dan Tak Berseri Lagi

Takut Suami Kawin Lain Sebab Kulit Muka Kendur dan Tak Berseri Lagi....

"Ayang... Abang rasa ayang dah tak berseri macam dulu lagi. Muka pun nampak tua je. Malu plak rasanya nak jalan dengan ayang... Ada kawan abang di opis tu, umur macam ayang jugak... cantik sangat, kulit gebu je... awet muda gak abang tengok..."

Nak tunggu sehingga suami bersuara ke? takut nanti kita yg menangis pulak... kuat ke nak lalui semua tu? huhu....

Pernah tak kita terfikir tentang perkara ni... Ada tak rasa takut jika berlaku pada kita... huhu... Sana sini kita lihat, dengar dan baca tentang suami cari lain...

Memang suami ada hak utk beristeri lagi... Tapi jangan lah kita membuka ruang dan peluang untuk suami mencari alasan untuk tambah yang lain.

Kita kan isterinya. Jagalah penampilan diri kita. Bukannya susah pun. Sememangnya sebagai wanita kita ada rasa ingin cantik menarik. Betulkan...

Caranya senang sahaja. Kita jaga kesihatan diri kita daripada dalam. Bila dalaman kita dah sihat, aura positif tu akan terpancar di muka kita.

Bagaimana kita nak sihat dari dalam... 

Ana cadangkan Vitamin C sustained released dari Shaklee ni... Memang hebat ye produk ni...

Vitamin C utk awet muda


Apa kehebatannya...  Ia mengembalikan kolegen yang tubuh kita dah hilang yang disebabkan oleh radikal bebas ni... lagi pun apabila usia kita bertambah, kolegen dalam tubuh kita akan semakin berkurangan... bila tubuh kita kehilangan kolagen, for sure lah kita akan cepat letih, kulit kendur, muncul garis garis halus di muka dan juga sendi-sendi kita terasa sakit apabila bergerak....

Jadi, jika kita ambik vitamin C ni, badan kita akan dapat kembali kolagen yang hilang tu. Maka, kulit muka akan bertambah tegang dan garis-garis halus pun akan hilang.

Satu lagi kehebatan Vitamin C Shaklee ni adalah ia mampu mengurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata... Hasilnya... Awet Muda lah :)

Lagi pun, Vitamin C Shaklee ni adalah sustained release.. 100mg akan dilepaskan ke dalam badan kita setiap sejam selama 5 jam tanpa henti... kan hebat tu...

Sebiji vit C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren tu... Senang sungguh nak dapatkan vitamin C ni... Makanlah 7 setengah biji oren sehari ATAU ambiklah sebiji Vitamin C Shakleee... hehe... fikirlah sendiri... mana satu yang lebih senang...

Ok yang tu untuk dalaman... nak tahu yang luarannya... Vitamin C tu kita jadikan masker plak... Hasilnya... wow!!! memang puas hati, sebab Ana sendiri dah cuba... Bangun pagi basuh muka rasa gebu je... haha... memang puas hati sangat sangat...

Ada lagi ni... Satu lagi kita ambik Vitamin E Shaklee jugak... Hasilnya lagi mantap... Parut jerawat hilang.. kulit muka semakin gebu dan licin... Melambatkan proses penuaan dan menghilangkan garis garis halus di muka... Hasilnya, semakin awet muda lah...

Vitamin E Shaklee yang best



Rugi besar kalau tak cuba... Banyak dah Ana kongsikan... Fikirlah sendiri, nak jadi seperti situasi yang Ana ceritakan mula -mula tadi... Mintak dijauhkan ye. Tapi kita perlu berubah, usaha untuk awet muda ye...

Tak percaya ke? Merepek semua ni!!! huhu... mari Ana kongsikan testimoni pengguna yang dah merasai keberkesanannya...




Rasa nak cuba vitamin C dan vitamin E Shaklee ni, boleh hubungi Ana...

Ana akan ceritakan...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776 

Nak Murah Rezeki, Jom Jemput Rezeki dengan Semudah ABC

Assalamualaikum semua pembaca ceria blog Ana. Kali ni Ana nak kongsikan satu cara mudah semudah ABC utk menjemput rezeki. Senang ya amat.... Tak perlukan modal pun. RM0.10 pun tak perlu... Cuma kita sahaja yang nak buat atau pun tidak...

Apakah cara yang free tu? Rahsianya SOLAT DHUHA. Solat utk meminta kemurahan rezeki.

Rezeki yang macam mana ye? Jangan anggap wang ringgit sahaja adalah rezeki... Kesihatan yang baik, anak anak yang soleh solehah, pandai mengaji dan belajar juga adalah rezeki.... Suami atau isteri tang baik juga rezeki... kelapangan dada dan perasaan juga adalah rezeki...

Sememangnya Allah SWT adalah maha pemurah...

Waktu Solat Dhuha adalah daripada pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari lebih kurang.. Seelok-eloknya adalah antara pukul 9 hingga pukul 11 pagi...


Tatacara Solay Dhuha
 
 
Doa Selepas Solat Dhuha
=================

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu

dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, 
jika haram, sucikanlah 
dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang
Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh.

===========================

Ni Ana kongsikan licik lagu Doa Dhuha... semoga ia bermanfaat utk semua... Klik sini utk dengar ye...

Ada lagi rahsia menjemput rezeki ni... Bukan sahaja dengan SOLAT DHUHA, ada lagibeberapa cara mudah menjemput rezeki... Ana akan kongsikan dalam entri akan datang ye...

Jangan lupa ye... Nak cari vitamin SHAKLEE, boleh hubungi Ana ye... Jom sama-sama kita jemput rezeki dengan SOLAT DHUHA...

Buat dahulu, buat dalam tempoh dua minggu, insyaallah... baru tahu keberkesanannya...
 
Sebab Ana sendiri dah cuba... Alhamdulillah...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Promo Gempak Akhir Tahun 2014 Terhebat dalam Sejarah...

Salam sayang semua....

Disember dah tiba. dan Ana ada promo terhebat untuk semua. Pertama kali dalam sejarah tu.... Apa yang best sangat tu kan???

Sebenarnya ada 3 promo hebat dari Shaklee. Memang sesuai sangat bulan Desember ni sebagai bulan kecantikan...  Bakal pengantin, anda yang nak bertunang, naik pelamin jangan lepaskan peluang ni. Pertama kali dalam sejarah ni. Promo berganda-ganda daripada Shaklee.

Ada 3 promo best iaitu :

1. Promo beli 6 percuma 1 - Vitamin C ATAU Vitamin E
Buy 6 free 1 - Vitamin C/Vitamin E


2. Promo beli 2 botol Vitamin C ATAU Vitamin E dapat 5% off
Buy 2 get 5% off


3. Promo beli 3 percuma 1 - Collagen Powder
Buy 3 free 1 - Collagen Powder


Bestkan... Peluang yang hanya datang sekali je... Semua tu sesuai sangat kepada mereka yang nak cantikkan kulit, licinkan kulit, kecutkan jerawat, lembapkan kulit dan pudarkan parut jerawat... Tapi utkkesan yang cepat sekali, ofcoslah Collagen Powder Shaklee ni... Yang tu still the best... Highly recomended utk bakal pengantin... 2 minggu dah ada kesan yang positif...

Lepas ni Ana kongsikan kebaikkan Vitamin C, Vitamin E dan Collagen ni ye... Memang terbaik punya... :)

Nak order, bolehlah hubungi SIDPro kesayangan korang ni ye... :) hehe... sayang semua... muuahhh...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

B complex sebabkan gemuk??!!

Assalamualaikum semua, kali ni Ana nak berkongsi tentang satu perkara.
Kalau baca tajuk entri tu, betulkah b complex akan menyebabkan kita gemuk... Huhu... Seram plak bila baca kan... Tak pasal pasal gemuk plak nanti....

B complex sebabkan gemuk??!!
 
 
Oklah, macam ni sebenarnya... Fakta sebenarnya, b complex bukan punca kita gemuk dan selera makan bertambah.
 

Patut tahu dan penting: Kebaikan dan faedah ESP Shaklee

Assalamualaikum semua... Semoga segalanya berjalan sepertiyang dirancangkan... Dah beberapa hari Ana tak berkongsi di dalam blog comel Ana ni. Jadi, hari ni Ana nak berkongsi tentang perkara yang patut kita tahu dan penting sangat.

Apakah dia yang penting sangat tu? Memang penting sebab bulan Oktober 2014 ni adalah promo ESP. Jadi memang teramat amat penting dan patut tahu.

Kebaikan dan faedah ESP:

Penjual Terbaik ESP Shaklee Kawasan Jitra, Kedah

Salam sayang buat semua pembaca blog comel Ana ni. Entri kali ni Ana nak war warkan kepada satu dunia bahawa Ana adalah penjual terbaik ESP Shaklee untuk anda terutamanya di kawasan Jitra. Selain itu, Ana juga akan COD di kawasan sekitarnya tau. 


Penjual Terbaik ESP Shaklee Kawasan Jitra, Kedah


Kenapa anda mesti pilih Ana antara ramai ramai SID di Jitra yang jual ESP ni? Ha... nak tahu sebabnya... Ana mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai ESP Shaklee. Apa yang boleh dan tak boleh diambik bersama sama esp. Selain itu, hak eksklusif untuk konsultasi bersama Ana pun akan Ana berikan kepada andayang menjadi pelanggan Ana. :)

ESP ni memang terbaik dan amat sesuai untuk kecantikkan kulit dan juga kepada mereka yang mementingkan kecantikkan dalaman. ESP memang sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Wanita mengandung juga sesuai untuk mengambil ESP. Sukatan dan cara pengambilannya pula hanya akan Ana kongsikan dengan pelanggan Ana ye.

Jadi, jangan tunggu lama lama. Jom dapatkan ESP segera dengan Ana... Nak COD disekitar Jitra pun boleh. Hanya perlu sms/whatsapp Ana ye... Nanti kita jumpa di mana mana yang sesuai. TESCO Jitra ke?

ok, jangan lupa hubungi penjual terbaik ESP Shaklee kawasan Jitra anda ni ye...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Promo best bulan Oktober 2014... ESP, beli 6 PERCUMA 1

Salam sayang kepada semua yang sayangkan dirinya... Jom cantikkan diri kita... Sekarang shakleeada buat promo ESP, beli 6 PERCUMA 1 lagi... Bestkan...

Promo best bulan Oktober 2014... ESP, beli 6 PERCUMA 1 

ESP ni memang terbaik dan sangat berkait rapat dengan kecantikan kulit. Bukan kulit muka sahaja. Bahkan seluruh badan tu... Harga pun berpatutan dan tahan lama... rugi kalau tak grab 6 tong pada bulan oktober ni... Jom beli cepat...

Hubungi Ana segera ye... Nak beli terus pun boleh gak... Klik di sini ye...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743

email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Resepi Esp yang paling best sekali...

Salam sayang semua... sempena promo ESP pada bulan Oktober ni, Ana nak kongsikan resepi ESP yang paling best sekali tau...

Resepi Esp yang paling best sekali...
 

My fashion sebagai ibu dan guru...

Salam sayang semua... Kali ni Ana nak kongsi tentang fashion... Apa fashion ni ye... ???

Pendapat Ana tentang fashion adalah
1. Apa sahaja yang selesa dipakai pada tubuh badan,
2. Sedap mata memandang
3. Bersesuaian utk sesuatu aktiviti
4. Menutup aurat kita.

Jadi ke mana sahaja Ana pergi dan berada, Ana akan pastikan apa yg Ana pakai sesuai dgn acara dan juga menutup aurat.  Secara keseluruhannya, Ana rasa fashion bagi seorang ibu dan cikgu yg terbaik adalah baju kurung lah... Senang sangat... Tudung pun Ana pakai tudung biasa sahaja... Bukannya ada jenama tertentu pun. Janji senang dan sedap dipakai.

Sebab bagi Ana apa yg kita pakai adalah lambang keperibadian kita. Kita yg tentukan apa yg orang rasai tentang diri kita. Jadl jgn salahkan org lain jika anggapan mereka berunsur negetif tentang kita disebabkan cara pemakaian kita yg tidak elok dan sesuai.

Hehe... Serius plak rasanya... Oklah, Ana pergi sekolah memang pakai baju kurunglah.... Kalau jalan jalan dgn family, Ana lebih selesa berseluar slack dan blose...

Ni pic Ana semasa di sekolah...  Hehe...

Rindu awak 200%

Salam sayang buat semua... Untuk cabaran hari ke 7 cabaran 30 hari blogging ni Ana dapat tajuk "buku yg saya baca...."

Oklah, Ana memang banyak baca buku... Buku novel lah... Memang hantu novel... Tabiat ni memang dari sekolah menengah lagi... Sampai la ni masih macam tu... Rasanya sekarang lagi hebat sebab dah ada duit sendiri nak beli novel... Hehe... Kalau dulu kena minta duit pada mak dan abah utk beli novel atau pun gi pinjam di library awam...

Sekarang Ana sedang nak menghabiskan novel "rindu awak 200%"... Alah yg dijadikan drama bersiri tu... Ana tak gemar tengok cerita di tv... Tak feeling rasanya... Tapi kalau baca novel boleh merah mata menangis... Haha... Feeling habis tu...

Ni pun punyalah lambat nak habiskan... Sebabnya... Duk sangkut dgn budak nak upsr... Banyak masa habis di sekolah utk kelas tambhan dan sebagainya... Masa nak feeling ni dah jadi tak sempat plak...

Apa pun... Akan dihabiskan juga... Buat masa ni, Ana rasa novel ni best sangat...  Dan novel yg tunggu utk dibaca pun dah ada 5 buah lagi.... Hahaa... Gila novel sungguh... Tapi masa tak ada... Huhu...

Jom kongsikan novel apa yg sedang korang baca la ni? Best novel tu? Ulas sikit ye... Tq for sharing...

Soalan lazim mengenai Phytocol-St Shaklee

Hai dan salam sayang untuk semua... Semoga hari anda hari ni berlangsung dengan baik dan penuh berkat.

Anda sudah makan ke? Anda makan apa tadi? Berapa banyak kolestrol yg sudah masuk ke dalam badan anda tadi semasa makan? Ambik tahu tak?

Jujur Ana katakan, Ana pun kadang kadang hentam sahaja apa yang Ana rasa nak makan... Tanpa ambil kira berapa kalori dan kolestrol yang tinggi.

Tapi sekarang Ana tak risau sangat... Ana dah amalkan phytocol dan juga omega guard. Omega guard mampu mengawal kolestrol dalam darah kita dan gandingan bersama phytocol yang mampu menghalang kolestrol masuk dalam darah kita adalah yang terbaik. Kedua duanya hebat dan mempunyai peranan masing masing...

Soalan lazim mengenai Phytocol-St Shaklee


My lovely Cik Inspirasi

Alhamdulillah... Syukur padaNya... Ana dikurniakan juga cik inspirasi... Lama dah ditunggu tunggu... Dinanti nanti oleh semua ahli keluarga.

Kehadiran cik inspirasi menjadi pengubat hati Ana pada arwah kakaknya Nur Syaza Adni. Kelahiran cik inspirasi amat mudah bagi Ana... Sebab Ana rasa cizer lebih mudah dari bersalin normal... :)

Nur Shafa' Adni dilahirkan di Kedah Medical Centre. Pagi tu, pukul 4.30 pagi Ana pecah air ketuban... Pukul 9.00 pagi Ana masuk labor room... 9.15 pagi tangisan pertama cik Shafa' kedengaran...

Masa berpantang Ana fully guna set berpantang Shaklee... No jamu jamu tau... Memang best berpantang dgn Shaklee...

Kehadiran cik Shafa' memang bermakna. Sebab sebelumnya Ana dah ada dua hero. Yg ketiga arwah Syaza dan Ana tunggu Shafa' Adni selamat 4 tahun. Alhamdulillah... Rezeki dari Allah.

Sekarang ni, Ana berharap supaya cik inspirasi akan menjadi anak solehah. Menjadi saham utk mma dan abah nanti. Insyaallah....

Oh my hand bag

Salam sayang semua... Entri kali ni about oh my handbag... Hehe... Apa ada dalam beg tangan mama adni ni? Cer teka... Kalau jawapan anda ada susu botol Shafa'.... Silap dah...

Handbag Ana ni kecik je... Apa yg ada dalam tu... For sure lah beg duit... Dalam tu ada duit ciput dan ic serta lesen memandu sahaja... :)

Selain tu Ana simpan juga smart phone Ana.... Yang ni amat penting. Laksana lappy lah bagi Ana. Sebab byk kerja buat di hp je... Entri ni pun Ana taip di hp sahaja... Yg penting ada line internet... Note utk bisness shaklee pun semua dalam hp sahaja... Customer tanya sahaja dah dapat maklumat terus dari hp... Memang gajet penting Ana...

Apa lagi dalam handbag ye? Hhhmmmm... Ha... Ada perfume, bedak, dan lips gloss je... Satu lagi, ada pen merah dan biru... Yelah, Ana kan cikgu... Pen merah penting tu... Nak guna waktu semak buku murid...

Botol Shafa' plak ada bag khas utk dia... So, barang Shafa' tak campur dgn mama dia...

Itulah ceritera tentang oh my handbag ni... Cuba kongsi... Apa yg ada dalm handbag korang plak? Kalau yg lelakinya... Apa yg ada dalam beg sling atau beg kerja korang... Kay, sharelah ye... Komen kat bawah tu...

Ni pic handbag cikgu Ana... Kecil je...

Tempat Makan Best di Kuala Perlis

Salam sayang semua... Masih ada entri yg nak dikongsikan ni...

Kali ni Ana nak kongsi tentang tempat makan yang paling best di Kuala Perlis ni... Haha... tempat ni Ana memang selalu pergi...

Di mana ye di Kuala Perlis tu? Tempat dia di KOMALAUT (Kompleks Makanan Laut).. Terletak di tepi pantai je...

Tempat Makan Best di Kuala Perlis

Dalam kompleks tu ada banyak kedai. Tapi yang paling sedap bagi tekak Ana ni adalah gerai no 6 Lynn Ikan Bakar... Slluuppp... Telan ayaq liuq bila sebut... Ikan bakar tu... Memang favourate tau... Mesti order kalau pergi makan di sini...

Tempat Makan Best di Kuala Perlis

Ana akan ambik juga sotong goreng tepung dan juga udang sambal petai... huhu... sedap beb... tak terkata lah.. hehe... Paling pentingnya, harga nya berpatutan... Antara semua kedai dalam komplex tu yang Ana dah rasa, di Lynn Ikan Bakar nilah yang paling murah... Murahdan paling sedap... Set lengkap tu...

Lagi satu yang Ana suka di sini adalah kemudahan yang serba serbi cukup. Ada surau untuk solat. Selalunya, Ana sekeluarga akan order dulu dan kemudian solat maghrib di surau.... Selesai solat, alhamdulillah... makanan dah siap terhidang... Kemudahan seperti tasdas pun ada... bersih dan dijaga rapi... memang terbaik...

Jadi, kalau singgah kuala perlis tu, mai singgah di Lynn Ikan Bakar ye... Petang dah buka dalam pukul 5.30 macam tu... Jangan lupa singgah tau... Rugi tak rasa beb... :)

Tips rumah kemas tersusun rapi

Alhamdulillah... Settle dah entri sebelum ni... Ana nak sambung next entri plak. Kali ni Ana nak kongsikan tips rumah kemas dan tersusun rapi semua perkakasannya...

Mudah je... Apa yg Ana kongsikan ni adalah apa yg Ana amalkan...
Caranya...
1. Hanya barang yg perlu sahaja dan diletakkan di tempat yg senang diambil. Yang tak selalu guna tu simpan je di tempat tertutup dan terlindung. Contohnya dalam stor.

2. Kurangkan perabot dan perkakasan. Yg ni Ana mudah sangat, sebab Ana ni seorang yg simple je... Memang tak suka barang banyak banyak dlm rumah.

3. Simpan semula barang selepas digunakan. Ha... Yg ni paling susah nak buat kalau anda tak biasa. Macam Ana memang dah tabiat. Simpan semula sebab tak suka tengok bersepah. Tapi Ana ada masalah nak biasakan en suami dan anak anak... Alhamdulillah, dah boleh ikut walaupun tak seberapa sangat...

4. Lagi satu, kalau dah siap memasak tu terus kemas, basuh apa yg patut dan lap semua dapur dan kabinet dapur tu... Barulah cantik dan kemas...

5. Ana ni memang jenis setiap malam kemas semuanya sebelum tidur. Sebab esok pagi senang je. Terus pergi sekolah je....

Oklah, rasanya cukuplah 5 tips kemas rumah yg nak Ana kongsikan. Anda cuba amalkan ye... Insyaallah rumah cantik dan kemas nanti...

Ok, kita jumpa dalam entri seterusnya ye... Kay, bye...

Resepi lunch yg mudah tapi sedap tau

Hehe... Ana dah sudah lunch... Habis semua lauk pauk tu... Licin pinggan.. Family Ana ni senang sungguh... Lagilah en hubby pun tak banyak kerenah... Makan sahaja apa yang Ana masak... Tapi memang sedap tau... Cei cei cei... Masuk bakul angkat sendiri... Ahak ahak...
 
Oklah resepi kami tengah hari tadi yang mudah tapi sedap tu adalah sup ayam + sambal bilis + ikan goreng + bendi tumis telur.... Haha... Baru baca dah tau sedapkan... Mudah sungguh nak sediakan... Ana campak campak je apa yg ada... Hehe...
 
Oklah Ana buat sup ayam tu senang je..
Caranya:
1. Ayam + air dan perencah sup Ana panaskan dalam satu periuk...
2. Masukkan garam secukup rasa...
3. Apabila dah rasa macam ayam dah sebati dengan rasa sup tu masukkan pulak kentang yg dah dipotong kecil...
4. Masak sampai kentang empuk...
5. Sebelum angkat, masukkan halia dan bawang putih yg telah ditumbuk halus... Tu yg bagi rasa lagi uummmpppp... Hehe...
 
Sambal bilis plak Ana
1. blend 6 keping  cabai kering + 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + sedikit halia + sebatang serai + belacan secubit... Blend hingga hancur semua...
2. Sebelum tu goreng ikan bilis dulu...
3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih...
4. Dah kuning bawang, masukkan bahan yg diblender tadi... Tumis hingga naik minyak...
5. Masukkan asam keping
6. Apabila dah hampir masak... Masukkan ikan bilis yg dah digoreng tadi...
7. Jangan lupa masukkan garam ye...
 
Kan senang... Campak campak je... Sayur bendi tumis telur pun mudah je...
1. Potong bendi secara menyerong...
2. Tumiskan bawang merah...
3. Masukkan bendi dan tumis sekejap
4. Akhir sekali masukkan telur... Kacaukan dan letak garam sikit...
 
Siap dah... Ni, Ana kongsikan pic yg Ana masak tadi...
Cubalah ye... Mudah je... Sedap plak tu...
 

Cabaran 30 hari blogging

Salam sayang semua... Saja Ana nak kongsikan satu segmen yg Ana masuk ni... Segmen ni sebenarnya Ana dapat dari daddy Shaklee Ana... Ana dicabar utk buat entri 30 hari tanpa henti...
 
Kacang je tu... Ana memang pernah tulis blog hari hari... Cuma bulan Ogos dan september ni macam kalut dgn kerja sekolah dan fokus utk anak anak didik nak UPSR.... Apa pun, cabaran ni akan ku sahut... Pantang dicabar tu... Semua cabaran adalah positif sahaja... Nak mematangkan kita sebenarnya...
 
Entri Ana yg semalam tu, pasal diri sendiri... Adalah tugasan utk hari pertama... So, entri first dah publish... Ada lagi 4 entri ni... Sebab hari ni dah hari yg kelima :) Dah tertinggal ni... Marathon tulis entrilah sat lagi...
 
Cabaran 30 hari blogging
 
Oklah, nak makan tengah hari dulu... Nantikan entri Ana tentang resepi makan tengah hari family Ana hari ni ye... Next entry...
 
Ok... Bye... Slm sayang semua...
 

Promo September: Collagen Powder Shaklee, Beli 6 PERCUMA 1

Selamat tengah hari... Ada masa lagi tu Ana nak update blog untuk hari ni... Entri kali ni tentang promo Shaklee untuk bulan September ni... Apa kah ia... Kalau korang perasan Ana dah tempek di sisi kiri tu... <--- COLLAGEN POWDER SHAKLEE...

Promo September: Collagen Powder Shaklee, Beli 6 PERCUMA 1

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Selamat malam... Dalam rumah ni pun dah tidur semuanya...

Tadi masa Ana blogwalking, terjumpa segmen ni di blog Ayu Insyirah...
Macam menarik je... Rasa nak join plak... niat nak ramai follwer untuk blog kesayangan Ana ni... Maka terciptalah entri ni... hehe... :)



Senang sahaja syaratnya... hanya perlu like page dia dan jadi follower blog dia... buat satu entri tentang segmen ni dan backlink ke blog dia je... mudahkan...

Lepas ni, harap harap ramai lagilah follower Ana yang ciput tu... ciput lah tu, dibandingkan dengan blog otai otai yang dah beribu riban followernya... :)

Kalau rasa nak sihat dan cantik luar dan dalam... boleh hubungi Ana tau... Nanti, Ana kongsikan rahsianya...

Oklah, jika anda pun berminat nak join... Klik di sini je ye...