Kaedah Menulis Sifir dengan Cepat

 Assalamualaikum...

Hari ni Tice nak berkongsi tentang kaedah menulis sifir dengan cepat.

Selalu anak-anak tice di sekolah menghadapi masalah sifir ni. Budak generasi Z ni susah nak hafal sifir. Apa yang tice buat.... ini yang tice nak kongsikan... Hafal sifir sambil menulis sifir... Lama kelamaan, anak anak ini dapat hafal sifir... Merekatak sedar pun bila masanya mereka menghafal... :)

Ikut sahaja pic yang tice kongsikan tu ye... langkah demi langkah... :)

Sediakan petak 9 x 9
Isikan nombor 1 - 9, secara melintang dan menegak


Masukkan sifir 9 dahulu, mulakan dgn nombor di rumah sa dahulu.


Lengkapkan sifir 9 dgn menulis nombor di rumah puluh pula.. 
*note: boleh rujuk post saya yg sebelum ni. Kaedah menulis sifir 9 dgn cepat


Lengkapkan sifir 9 secara melintang pula. Guna kaedah yg sama utk tulis sifir 9 tadi.
Masukkan pula sifir 5.
Secara menegak dan melintang


Masukkan pula sifir 2 secara menegak dan melintang
Murid digalakkan untuk menambah berulang semasa mengisi petak sifir...
Teruskan menulis sifir yg seterusnya iaitu sifir 3, 4, 6, 7 dan 8
Buat secara menegak dan melintang


Akhirnya murid akan mengisi kotak 8x8 iaitu 64.
Siap sudah...
Mudahkan..

Latih setiap hari... Galakkan murid menulis petak sifir semasa periksa di atas kertas periksa... Mudah, sebab murid sekarang susah sangat nak hafal sifir...

Selamat mencuba ye... :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan