Persediaan sebelum hamil

Kehamilan perlu dirancang sekurang kurangnya tiga bulan sebelum hamil supaya zuriat yang lahir sihat. Ini kerana, dalam beberapa minggu awal mengandung, perkembangan bayi dalam kandungan amat mudah terjejas.


Persediaan sebelum hamil


Faktor yang perlu kita ambil tahu adalah:


1.    KESIHATAN

Dalam masa tiga hingga enam bulan sebelum hamil, anda dan suami perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan diri masing masing bebas daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit penyakit berbahaya yang lain. Ujian darah perlu dilakukan jika anda berdua berisiko pembawa penyakit berbahaya seperti HIV dan thalasemia.

 

2.    BERAT BADAN

Sebaik-baiknya berat badan anda berada pada paras normal iaitu bersesuaian dengan ketinggian. Dapatkan nasihat doktor untuk mencapai berat badan yang sesuai. Jangan sekali kali berdiet sewaktu hamil kecuali menghadapi masalah berat badan yang serius. Ini disebabkan anda mungkin akan kekurangan zat penting semasa hamil.

 

3.    UMUR

Umum mengetahui umur ideal untuk hamil adalah antara 20 hingga 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna daripada segi jasmani dan rohani. Oleh itu, bayi mungkin akan dilahirkan tidak cukup bulan. Ibu yang melebihi 35 tahun pula berisiko kerana organ organ peranakan sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan pada usia begini. Selain daripada risiko tinggi melahirkan anak cacat, ibu mungkin mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sukar ketika melahirkan anak.

 

4.    SUNTIKAN PELALIAN

Suntikan rubella dan hepatitis B sepatutnya diambil lebih awal bagi mencegah penyakit merbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir. Namun, jika anda hanya mengambil suntikan rubella selepas berkahwin, pastikan anda merancang kehamilan sehingga 6 bulan.

 

5.    CORAK PEMAKANAN

Sebelum hamil, tentukan pemakanan anda dan suami berada pada tahap yang memuaskan. Hal ini boleh diukur daripada segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Anemia ketika hamil boleh membahayakan nyawa. Paras hemoglobin yang wajar ialah antara 10 hingga 14 gm peratus. Keadaan kurang darah mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap berlaku. Malah, ia juga boleh menjelaskan pertumbuhan bayi dalam rahim.

 

6.    PEPERIKSAAN DARAH

Langkah ini penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella. Jika telah mendapat pelalian, anda selamat daripada gejala kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jika belum, anda perlu mendapatkan suntikan pelalian segera. Penyakit ini jika berlaku di peringkat awal kandungan boleh menyebabkan beberapa jenis  kecacatan bayi termasuk jantung berlubang, pekakdan bisu.

 

Nota penting:

-       Anda perlu mengetahui kumpulan darah sama ada kumpulan darah ABO atau rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan tetapi bagi wanita yang darahnya dalam kumpulan darah negetif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika hamil.

-       Wanita rhesus negetif berkahwin dengan suami yang berdarah rhesus positif boleh menjadi penyebab keguguran, bayi mati dalam kandungan dan bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.


Amat penting untuk kita membuat persiapan diri sebelum hamil. Hasilnya nanti, insyaallah kita akan mendapat bayi yang sihat dan selamat semasa melahirkan. J

 
Jadi Ana cadangkan kita persiapakan diri kita dengan makanan tambahan yang elok dan secara semulajadi. Apakah dia… SHAKLEE adalah jawapannya, sebab semuanya adalad daripada bahan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna tamhaban dan periksa tambahan. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, sila hubungi Ana seperti berikut ye…

Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan