Nutrisi Sebelum & Semasa Hamil


Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, pastikan andaberdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil.


 
Nutrisi Sebelum & Semasa Hamil


Berikut adalah nutrisi lengkap sebelum seorang wanita itu ingin hamil:

 
1.    ASID FOLIK

Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%. Jadi tingkatkanlah pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12 minggu pertama kehamilan. Di minggu minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam dan ikan.



2.    ZAT BESI

Nutrisi ini amat penting bagi membantu sel sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Keperluan zat besi ini lebih penting kepada wanita hamil kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

 
3.    KALSIUM

Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengelakkan ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu untuk mendapat penyakit darah tinggi semasa hamil. Atas sebab itu, wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.


4.    DHA

Berperanan penting terhadap minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai tujuh bulan kandungan, makanlah minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

 
5.    AIR

Anda digalakkan untuk minum minuman 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang berlainan.

 
Penting sungguh nutrisi yang seimbang sebelum hamil sehingga lah kita bersalin. Untuk nutrisi lengkap yang mudah diambil, Ana cadangkan ambillah makanan tambahan SHAKLEE iaitu Set Hamil Shaklee. Semuanya lengkap dengan nutrisi yang seimbang.


Set Hamil Shaklee terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vit C, Omega Guard dan Ostematrix. Dan jika ada baget lebih, boleh add on ESP sekali…  Klik sini dan sini untuk membaca tentang Set Hamil Shaklee.
 
B complex ada asid folik, Omega guard ada DHA, Ostematrix ada kalsium dan ESP ada sumber protein... memang terbaik...


Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan