Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan
rahim. Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an
hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan
akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami
menopaus atau putus haid. Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak
mempunyai gejala atau tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang
mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan
bilangan fibroid.
Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah:
1) perubahan haid yang banyak
2) sakit semasa hubungan seks
3) mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar
4) pembesaran dalam rahim dan perut
5) keguguran dan infertiliti
Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan
memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu
pundi kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan
mengalami masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing, sering kali tidak
dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar untuk kencing.
Jika hal ini berterusan, air kencing akan bertakung di dalam pundi
kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan
kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku, wanita itu akan berasa pedih
atau sakit ketika kencing. Apabila fibroid menekan pada usus pula, ia akan
menyebabkan simptom seperti sembelit atau sukar untuk membuang air besar.
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku
tanpa sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan
lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada
penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang itu dan
sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit yang menghidap
fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan setiap kali
mereka mengalami haid dan kadangkala mereka juga mungkin mengalami masalah
ketidaksuburan atau infertiliti.
Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan kaum wanita.
Perkataan infertiliti sudah cukup untuk menyalakan api ketakutan bagi pasangan
suami isteri yang mengimpikan cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum
mempunyai anak. Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia
pasti akan menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus
diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami masalah
infertiliti. Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai permasalahan
tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya, penghidap hendaklah
berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, menjalani pemeriksaan dan
berbincang tentang perawatan yang dapat ditawarkan.
Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid
tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih
boleh mengandung. Lebih kurang 5% daripada penghidap fibroid terutamanya
fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai kesukaran untuk
mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan
sukar untuk penempelan janin pada dinding rahim.
Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan
salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar untuk hamil. Kadang kala
ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak normal seperti
songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi
kerana pertumbuhannya terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke
rongga pelvik.
Tidak semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu.
Fibroid yang kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan
sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu gejala
yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap fibroid. Saya
nasihatkan supaya anda berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan lanjut.
Alternatif lain yang boleh dibuat jika anda disahkan menghidapi
fibroid ialah dengan mengambil GLA
Complex. Fungsi GLA ialah ia akan
mengurangkan keradangan & saiz fibroid dengan mengimbangi semula hormon
wanita. Selain daripada itu, vitamin ACE (carotomax, vita C & vita E) juga
digalakkan untuk diambil kerana vitamin ACE ini akan menghalang radikal bebas
& fibroid daripada berulang.
Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana
di:
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info
terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan