Kebanyakan wanita yang berada di fasa awal kehamilan (trimester 1)
akan mengalami morning sickness /loya pada waktu tertentu. Ada pada waktu pagi,
malam & ada juga sepanjang masa mengalami rasa loya ni. Tapi Ana dulu loya
lain tau… Ana tak boleh bau orang masak nasi, lagilah kalau masak dalam periuk nasi
tu… Mesti muntah. Heheheh.
Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik masuk ke usia
trimester 2. Ana pula dulu tak kena morning sickness tapi evening sickness…
bila petang dah balik sekolah tu rasa tak sedap sangat badan.. lagilah bila
sampai waktu asar nak masuk maghrib… Tapi semuanya hilang waktu kandungan Ana
mencecah 6 bulan. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga yang terpaksa
menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum
dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan
mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang
meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.
Morning
sickness tidak akan mengancam bayi kita selagi kita mampu untuk menyimpan dalam
perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. Makan
makanan seimbang jika kita boleh dan mampu, tetapi jika kita berasa amat loya,
makan apa saja yang kita mampu. Bayi kita nanti boleh mengejar kembali
ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan
apabila kesihatan kita lebih stabil.
Bentuk
mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis (bermaksud "muntah berlebihan semasa
mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak
dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda
mungkin menhidapi hyperemesis. Golongan yang selalu mengalami masalah ini ialah
mereka yang berumur 30 tahun ke bawah yang baru pertama kali hamil & mereka
yang ada migrain,tiroid & kencing manis. Tidak seperti penyakit kehamilan
biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi
berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh.
Bagi mengatasi
ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikti
sebanyak membantu anda.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning
sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk
bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut
rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu
mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil
perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini,
digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang
banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang
menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi
kandungan asid.
Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning
sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh
mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas
perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah
yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah.
Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi
protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan
mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan
dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut
secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga
yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres
hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat
efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di
barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil
sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih
teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan
boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan
dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.
Langkah 4 & 9
mengatakan peppermint,halia & vitamin B6 sangat efektif untuk menghilangkan
rasa loya ketika mengandung. Jadi, pada mereka yang tak lalu nak makan
peppermint atau halia yang betul boleh cuba Peppermint Ginger Plus & B Complex Shaklee.
Peppermint ginger plus diperbuat daripada daun pudina,halia,pokok adas
& cekur manis. Fungsinya ialah untuk membantu dalam merawat/mencegah
loya,gastrik,mabuk laut,sendawa atau penghadaman.
Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana
di:
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info
terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan