Sebagai
wanita kita perlu tahu hari subur bagi melancarkan usaha merancang kehamilan.
Kitaran
haid antara seorang wanita dengan wanita yang lain tidak sama. Ini kerana isu
berkaitan haid adapat dikategorikan sebagai suatu fenomena yang kompleks. Oleh kerana
itulah, tidak seorang pun dapat mengetahui bilakah sebenarnyahari subur bagi
setiap individu.
Terdapat
tiga perkara yang kita perlu tahu dalam
usaha untuk hamil iaitu:
1.
Waktu subur iaitu waktu di mana
kita mengeluarkan benih atau ovum supaya dapat disenyawakan dengan benih suami
iaitu sperma.
2.
Suami perlu mempunyai
sperma yang sihat
dan berkualiti
3.
Saluran tiub fallopio
mestilah tidak tersumbat dan dapat berfungsi dengan baik agar dapat menemukan
sperma dan ovum.
Dalam
pada itu, waktu subur ialah waktu di mana ovum dikeluarkan daripada ovari. Proses
pengeluaran tersebut dikenali sebagai ovulasi. Setelah berlakunya ovulasi,
struktur jejari tiub fallopio akan mengaut masuk ovum ke dalam saluran supaya
ia dapat bertemu dengan sperma bagi memulakan proses persenyawaan.
Ovum hanya
mampu hidup selama 24 jam sebelum
gugur setelah tiada persenyawaan berlaku. Atas alasan inilah, anda digalakkan untuk
melakukan hubungan intim pada hari berlakunya ovulusi. Untuk membantu anda
menyetahui hari subur terdapat beberapa tanda yang boleh menentukan hari subur.
1. Perubahan suhu basal badan (BBT)
Suhu basal badan adalah bacaan suhu badan yang diukur pada waktu awal pagi. Ia akan menjadi
lebih mudah dengan menggunakan jangka suhu digital. Ukuran ini perlu dibuat
sebaik sahaja bangun dari tidur sebelum berkumur dan menggosok gigi.
Pada hari berlakunya ovulasi, suhu badan akan melonjak sehingga 36.7 c
(atau lebih daripada itu) dan tidak akan turun lagi dariapada suhu berkenaan.
Tetapi, catatan BBT tidak akan tepat jika
anda mengalami demam atau tidak cukup tidur.
Nota: bagi wanita yang
mengalami masalah kesuburan,BBT akan menunjukkan suhu badan yang rendah setiap
pagi. Anda dinasihatkan untuk bertemu dengan pakar sakit puan.
2. Pemeriksaan bendalir pangkal rahim
Ketika waktu subur, bendalir pangkal rahim akan menyerupai putih telur mentah. Ia dihasilkan
dalam jumlah yang banyak dan jernih. Anda dapat melakukan pemeriksaan dengan
melihat pada seluar dalam dan juga di kawasan faraj.
3. Pemeriksaan posisi pangkal rahim
Pemeriksaan ini dapat dilakukan dengan menyentuh pangkal rahim sendiri. Apa yang
perlu anda lakukan ialah memasukkan jari hantu (pastikan ia benar benar bersih)
ke dalam faraj. Ketika subur, pangkal rahim terletak tinggi di dalam faraj dan
terasa lembut. Namun, jika anda kurang yakin, jangan lakukannya sendiri.
Boleh hubungi Ana
di:
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info
terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan