Tahukah
anda di minggu minggu pertama kehamilan (anda sendiri pun tidak sedar tentang
hal ini), tubuh dapat memberi jawapan sama ada hamil ataupun sebaliknya. Hal ini
kerana tubuh akan memberi pembayang melalui perubahan perubahan yang bakal anda
alami.
Tanda
tanda seorang wanita itu sedang hamil ialah:
1. Tidak datang haid
Walupun anda tidak datang haid pada minggu
sepatutnya, namum perlu diingat bawaha ada beberapa perkara yang tidak boleh
dijadikan panduan. Antaranya, kitaran haid tidak tetap, anda berada dalam
keadaan risau, sibuk, sakit, tertekan dan seumpamanya.
2. Perubahan payu dara
Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian
payu dara, bengkak dan kadang kadang berdenyut denyut sebelum haid. Jika wanita
itu hamil, kesan yang sama juga mungkin akan dialaminya. Selain itu, aerola
juga akan berubah menjadi gelap.
3. Loya dan mual
Lebih daripada 80% wanita hamil mengalami
masalah ini yang dikenali sebagai morning sickness. Ini disebabkan peningkatan
aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan.
4. Benci makanan
Terdapat juga golongan wanita yang mengalami
masalah untuk makan kerana mereka seolah olah hilang selera terhadap sesuatu
makanan. Masalah ini berlaku kerana kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan
sesetengah makana, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil.
5. Keletihan
Anda mungkin juga mudah letih pada siang hari
kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban sedia ada. Jadi,
dapatkan rehat secukupnya.
6. Perubahan emosi
Anda juga mungkin cepat tersentuh, mudah
terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan
hubungan intim bersama suami.
7. Ujian pengesahan kehamilan
Satu cara yang paling popular adalah dengan
melaksanakan ujian pengesahan kehamilan. Anda boleh beli sahaja alat tersebut
di farmasi terdekat. J
Alat tersebut akan mengesan human clorionic
gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Jika hormon tersebut ada, bahan kimia dalam
alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau
negetif.
Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana
di:
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info
terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan