Set vitamin sakit sendi dan lutut terbaik!
Salam sayang semua... Hari nie Syafa' dah pandai meniarap sendiri... Asyik nak meniarap je, tapi nak pusing balik tak tahu lagi. Nangis la bila dah penat meniarap... Apa lagi, mama kena came to the resque... hehe... Nie pun Syafa' ada baring tepi Ana, but tak meragam...
So, Ana ambik kesempatan nie untuk tulis entri kali nie... Ana nak
kongsi kebaikan set vitamin sakit sendi dan lutut. Selalu kita dengar tentang sakit sendi ni kan... terutamanya menyerang orang-orang tua atau yang ada berat badan berlebihan. Tak pe nanti kita sampai kepada solutionnya :) Sebelum tu kita kenal dulu apa itu sendi? Kena faham apa itu sendi dan
peranannya, baru senang nak cerita!
Bahagian sendi badan kita :) dah tahu kan !! |
Apa dia Osteoarthritis???
Osteoarthritis lebih
mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi
yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua
tulang berlainan bertemu.
Ia
berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini
akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada
kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan
berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun
seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat
makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan
pembaharuan yang diperlukan.
Sendi
yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut
adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang
hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit
Osteoarthritis:
- Sakit pada sendi yang terlibat.
- Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
- Sesetengahnya akan mengalami kebengkakkan.
- Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah
cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga vitamin
ini:
Vitamin 1 :
Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara
:
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Vitamin 2 :
Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia
boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Jadi ia boleh membantu
mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai
pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega
3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Ostematrix
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula
diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah
pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang
mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian
menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan
tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala
osteoarthritis.
___________________________________________________________
Jadi, apabila sudah selesai membaca entri ini, jangan biarkan
sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang kita. Kecil
pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan set rawatan sendi ini sebagai hadiah setiap bulan untuk ibubapa
kita.
Pada diri kita pula, pencegahan
awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap
sakit sendi atau pun tidak, adalah penting mendapatkan nutrisi sendi seiring
dengan peningkatan usia.
Nak tahu lebih lanjut... Macam
mana nak order...
Boleh hubungi Ana
di:
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan