Salam sayang semua. Kali ni entri Ana tentang krisis pemulihan ye. Jadi, sama-samalah kita baca ye...
Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam-macam result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam2-demam, ada yang muntah-muntah, ada yang naik ruam dan pelbagai lagi :)
Apakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?
Jawapannya TIDAK.
Shaklee adalah produk dari bahan2 semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara2 seperti kelesuan, pening, muntah2, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing krisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan.
Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.Vitamin tidak sesuai?Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.1. Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..2. Mereka yang menghidap SLE (lupus) dan masalah buah pinggang. tidak sesuai mengambil alfalfa.Sekiranya anda mengalami keadaan di mana ruam, atau sembab, atau gatal-gatal selepas mengambil alfalfa, Ana sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.Lain-lain, yakin dengan apa yang kita ambil, dan lengkapkan pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik.
Jadi, kepada kawan-kawan tersayang yang sedang merasakan bahawa suplemen Shaklee tidak sesuai @ tidak serasi dengan diri anda. Ana harapkan semoga masih boleh consider semula perasaan tu. Sila beritahu Ana sekiranya kawan-kawan menghadapi sebarang masalah mahupun merasakan seolah takde kesan langsung setelah cuba suplemen tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan