Cara Mengawal Kolestrol Dengan Shaklee


Perlu Cegah Sebelum Parah!

Mari kita kenal 2 jenis kolestrol yang ada;
Kolestrol ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein. Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.
 
Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi kita mengawal tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung. Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan untuk diet sihat.
Cara Mengawal Kolestrol Dengan Shaklee

Apakah Diet Sihat?

Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan kita memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian kita. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.
Cara Mengawal Kolestrol
 

Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Untuk mendapatkan keseimbangan kolestrol sihat, kurangkan kuantiti kolestrol dan makanan berlemak daripada daging. Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.
 
Gaya hidup sihat

Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat. Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan kita sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan kita kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.
Cara Mengawal Kolestrol

Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika kita mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka kita perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
 
Amalan pemakanan vitamin
Selain itu, untuk mengawal kolestrol kita disarankan mengamalkan pemakanan vitamin atau suplemen tambahan. Vitamin yang bagus untuk mengawal kolestrol adalah seperti berikut:
Cara mengawal kolestrol
 
Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana di:
Fun Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan