Produk
Shaklee ok atau ko?
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah
krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan
tambahan?
A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam
nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan
bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan
merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan
berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak
pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani
proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang
berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak
karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan
menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat
di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut
akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti
baru.
Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang
baik?
A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang
menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.
Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi
hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang
sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya,
krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan
mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal
semasa proses penyembuhan itu berlaku
Q: Adakah setiap orang akan mengalami
petanda dan sintom yang sama semasa krisis
penyembuhan?
A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh
bagi krisis penyembuhan ini?
A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan
kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari
atau mungkin berbulan lamanya.
Q: Ramai orang bertambah baik selepas
mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan
tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan,
Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan
pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth.
Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada
sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah
seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis
Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda
serta Simptom:
Krisis Penyembuhan: Penerangan
/ Penyebab
- Sakit kepala yang melampau. Tekanan darah tinggi. Petanda menyahtoksin.
- Demam, tidak cukup rehat. Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
- Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
- Kembung perut. Sistem penghadaman yang lemah
- Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir. Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
- Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
- Pendarahan Hidung. Mungkin petanda bagi kekurangan darah.
- Rasa sakit pada otot dan sendi. Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.
- Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah.
- Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif. Sistem saraf yang lemah.
- Kitaran haid yang tidak menentu. Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
- Perubahan waktu kitaran haid. Kegatalan
- pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
- banyak
Rujukan: Dr. Mary Ruth
Swope, Columbia Unversity
Tiada ulasan:
Catat Ulasan