Rahsia Kulit Wajah Cantik dan Mulus

 
Mahu kulit dan wajah cantik, tulus dan mulus?
Salam sayang semua... Petang yang indah nie Ana nak berkongsi tentang peranan protein, vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E kepada kulit kita. Sekiranya anda memahami fungsi dan kepentingan semua vitamin yang Ana nyatakan tadi dalam kehidupan kita, pastinya anda tidak akan ragu-ragu untuk melabur wang bagi mendapatkan protein yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Entri kali ini, Ana akan bercerita tentang kepentingan protein, b complex, vitamin c dan vitamin e sebagai ‘makanan’ untuk kulit kita.
 
 
Yang pertama, kenapa Ana tekan protein di awal entri tadi? Asasnya, kita ini adalah protein dan dibina oleh protein. Sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.
 
Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, pendak kata, sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, apa yang anda lakukan ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi).
 
 

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang .. namun, hakikatnya, suhu yang tinggi memusnahkan pula protein tadi. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.
Selain daripada protein, kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

Vitamin B Complex (B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

Akhir sekali, Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut lah maksudnya tu). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

Suplemen pilihan Ana untuk kecantikan kulit? Sudah tentulah daripada Shaklee! Jadi jangan ragu ragu selepas nie ye kawan-kawan... Nantikita sama-sama cantik :)

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB : CikguVitaminAna (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan