Susu badan anda merudum dan
merosot. Susu badan dah tak banyak. Baby asyik menangis sebab tak kenyang dan
asyik lapar je. Ana akan kongsikan caranya. Banyak cara sebenarnya untuk
banyakan susu ibu. Cara cara ni Ana kumpul dari pelbagai sumber ye. Ana
kongsikan dengan semua.
·
Bunga melur dan
daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus
dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda
cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
·
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat
besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein
dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan,
anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
·
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih
dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
·
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian,
layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan
setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
·
Halba dan
jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu
keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1
sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian
tapis dan minum airnya.
·
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu
sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
·
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih
dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan
dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
·
Nasi panas,
halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus
dan dicampurkan dengan air asam.
·
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih
dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
Ada pelbagai carakan. Ana juga ingin cadangkan pada anda Set
Menyusu Shaklee. Susu memang akan meriah dan mengiurkan… Bayi pastinya akan
cepat kenyang dan lambat lapar.
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan