Jika anda sedang hamil kembar atau berisiko
hamil kembar, anda perlu mengetahui risiko-risiko dan tip-tip berguna sebagai
persediaan.
1.Kembar seiras
berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan
mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
2.Kembar tidak seiras
berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin
mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
3.Pengambilan ubat
kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan
10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
4.Ibu hamil kembar
mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan
kejadian bayi cacat.
5.Bayi kembar biasanya
mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas
lahir.
6.Kandungan kembar
mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu
atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat
terbelit, kecacatan dan lain-lain.
7.Vanishing Twin
adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang
tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan
iaitu 6 -7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
8.Ibu yang hamil anak
kembar lebih berisiko untuk mengalami pre-eklampsia, iaitu satu keadaan
penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
9.Disebabkan oleh saiz
uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta
previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan
pendarahan faraj semasa hamil.
10.Ibu sering mendapat
morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa
hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
11.Seseorang wanita
berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik
kelahiran anak kembar.
12.Wanita hamil kembar
memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan
zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia
iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
13.Kenaikan berat
badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas,
rasa nyeri pada perut dan sembelit.
14.Penambahan beban
pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa
penat.
15.Ibu lebih berisiko
untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih
cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
16.Ibu kembar lebih
kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran
melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
17.Pastikan banyak
minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
18.Banyakkan berehat
seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan
pertumbuhan janin lebih cepat.
19.Dapatkan sokongan
positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan
membesarkan anak kembar.
20.Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi
perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal
menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
Jadi, Ana cadangkan Set Kehamilan Shaklee untuk ibu ibu hamil kembar nie. Sebab apa ye??? Sebabnya, vitamin Shaklee ni adalah semulajadi dan selamat untuk ibu mengandung...
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan