Makanan Mempengaruhi Jantina Anak


Sememangnya apa yang kita makan akan membawa pengaruh besar terhadap tubuh badan. Tahukah anda bahawa pemakanan juga antara faktor penting jika berhasrat merancang jantina anak.


Mengikut kajian sains, PH dalam pemakanan menentukan kewujudan kromosom (menentukan jantina anak) yang dibawa oleh lelaki. Sains juga menggariskan apa jenis makanan yang perlu diambil jika mahukan jantina tertentu. Bagaimanapun bagi pasangan Muslim, segala usaha yang dilakukan diserahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya jua.

Tetapi tidak salah untuk mencuba!


Makanan Mempengaruhi Jantina Anak

Merancang anak lelaki

Jika anda mengidam untuk mendapat anak lelaki, pilih makanan yang rendah PH iaitu pemakanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium dan potasium yang tinggi.

Makanan yang menjadikan PH dalam badan beralkali adalah sumber sayur-sayuran, buah-buahan, perasa makanan, ramuan pedas, kekacang dan benih.

Antara sumber makanan :

Buah-buahan – Aprikot kering, avocado, pisang, kurma, kiwi, kismis, tembikai, epal, lobak, lemon, timun, tembikai susu, nenas, strawberi.

Jus – Jus lobak, jus prun, jus tomato.

Sayur-sayuran – bayam, kentang.

Lain-lain – Coklat, kekacang, bawang putih, cendawan, bawang merah, lada hitam, halia , herba (semua jenis)

Elakkan memakan makanan yang mempunyai sifat asid yang tinggi.

Walaupun sebilangan makanan di atas seperti buah-buahan sitrus mempunyai sifat yang lebih asid, namun ia sebenarnya meninggalkan kesan alkali selepas diproses dalam badan. Contohnya, lemon adalah buah yang bersifat asid. Namun selepas melalui sistem penghadaman dan asimilasi, ia akan menjadi sangat beralkali di dalam badan. Sebaliknya daging mempunyai sifat yang sangat beralkali sebelum melalui sistem penghadaman. Namun selepas diproses, ianya meninggalkan sisa yang bersifat asid di dalam badan.

 

Makanan Mempengaruhi Jantina Anak


Merancang anak perempuan

Pilih pemakanan yang mempunyai PH yang tinggi ataupun bersifat asid yang rendah sodium dan potasium. Manusia memerlukan persekitaran yang bersifat alkali untuk mewujudkan kromosom Y (jantina lelaki).

Apa yang perlu anda lakukan adalah makan makanan yang bertentangan dengan alkali iaitu makanan bersifat asid untuk membunuh sperma Y.

Makanan yang meninggalkan sisa asid di dalam badan adalah makanan berasaskan daging, ikan, telur, bijirin dan legum.

Antara sumber makanan :

Buah-buahan – Jagung, blueberi, prune, plum.

Makanan - bjirin, kraker, nasi, roti, mi ,spageti, oat, makaroni, tepung.

Sayur-sayuran – zaitun.

Produk tenusu – mentega, keju, aiskrim, yogurt

Protein haiwan – Banyakkan pengambilan daging seperti daging lembu, ikan contohnya ikan kod, halibut, salmon. Makanan laut seperti tiram, udang dan ketam. (Makanan laut tidak digalakkan bagi pesakit darah tinggi dan gout)

Lain-lain – Kekacang seperti kacang hijau, kacang hitam, kacang soya, kacang tanah, walnut, cuka, kopi, minuman ringan, koko.

Kita berusaha… Mana tahu rezeki Allah SWT nak berikan. Maka, ana nak kongsikan bahawa Shaklee juga ada menawarkan Set Subur khas untuk lelaki dan juga wanita. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik di sini ye.

Makanan Mempengaruhi Jantina Anak

Makanan Mempengaruhi Jantina Anak


Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan