Tips Atasi Susu Badan Merudum


Susu merudum? Tentu ibu-ibu risau jika susu untuk stok tak banyak. Setiap hari semakin berkurang stok susu. Tambahan lagi jika ibu tersebut perlu masuk kerja semula selepas habis cuti bersalin. Memang memerlukan stok susu yang banyakkan. Lagilah jika ada ibu-ibu yang jenis perah susu hanya untuk stok hari esok sahaja. Lagi pening dibuatnya.

Tips Atasi Susu Badan Merudum
 

Apabila susu merudum, kita perlu:
1) Jangan panik atau stress kerana kedua-dua perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.

2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik-titik susu.


3) Pastikan setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit di keliling payudara secara perlahan).

4) Jangan sekali-kali terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar-benar perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh-sungguh utk memperbanyakkan susunya semula.

5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Contoh: kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stress etc). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya.(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual mengepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).

 

6) Periksa diet harian jika ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman. (Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasaskan protein ke dalam menu harian). Jika sukar, alternatifnya tambahkan pengambilan supplemen seperti ESP yang tinggi kandungan proteinnya.


Tips Atasi Susu Badan Merudum

ESP Shaklee yang superb!

 

7) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar-benar selesa untuk tubuh anda - (pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu).

 

8) Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

9) Amalkan surah Al Kauthar, ayat ke 60 Surah Al Baqarah atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa.

Tips Atasi Susu Badan Merudum


10) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI  KALI BERPUTUS ASA dan sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya

Cari punca kenapa susu merudum? Mungkinkah…

1. Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply"
Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam. Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.

·         pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh.

Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar signal pada otak untuk terus menghasilkan susu. Kurang rangsangan maka kuranglah supply.

·         Pam bila payudara penuh atau payudara bengkak.

Apabila ibu pam apabila payudara sudah penuh atau bengkak, maka badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu. Jadi secara automatik badan akan menghsailkan susu yang sedikit. Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan merudum. L

·         pam ikut suka hati bila boleh.

Saya galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab setiap perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza. Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu. Walaupun payudara rasa lembik atau bila pam hanya sedikit hasilnya kena pam juga ya. Jangan berhenti.

·         pam bila susu keluar dan berhenti bila susu berhenti mengalir.

Ini memang konsep yang salah. Ibu kena pam setiap payudara. Minimum 20 minit bagi setiap payudara untuk 1 sesi pam. Walaupun susu dah berhenti mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam ibu mungkin mengalami ‘let down' sekali lagi.


2. Keadaan ibu:


Apa yang dimaksudkan dengan keadaan ibu?

·         Letih

·         stress

·         period

·         Sedang mengandung

Semua di atas juga menjadi punca susu merudum. Kenapa? Sebab penyusuan susu ibu ini berkait rapat dengan dua hormon iaitu prolaktin (haslkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.

 
Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin. Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu, Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu. Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang. Maka tidak hairanla jika susu merudum dan ibu mula risau dan bimbang susu semakin merudum. Jadi ibu-ibu di luar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stress sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum.
 

3. Pengambilan air kosong tidak cukup

Tips Atasi Susu Badan Merudum

Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air. Jika ibu sendiri tidak cukup air macam mana ibu hendak menghasilkan susu, betul tak?

4.Diet harian tidak seimbang

Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang ibu makan. Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu. Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik dan dengan itu badan ibu juga dapat memproseskan susu dengan baik. Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

5.Pam tidak sesuai

Ramai ibu-ibu yang mengaduh bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai. Bila menggunakan pam yang tidak sesuai suction kadang kadang menyakitkan, pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit.. Jika ada budjet adalah lebih baik anda menggunakan double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua payudara akan keluarkan susu. Jadi kedua dua belah payudara dirangsang serentak, hasilnya pun banyak. Biasanya bila guna single pam, sebelah payudara dapat menghasilkan susu yang banyak dan sebelah lagi sikit.


Teknik untuk banyakkan semula susu

1.Cari punca susu merudum dan atasi punca itu

Ibu kena renung balik apa punca susu merudum. Jadual pam macam mana? konsisten tak ikut jadual pam? Badan stress dan letih ke? ambil makanan yang macam mana? seimbang ke tidak. Cukup ke air yang diminum tu. Bila mana ibu tahu apa punca susu merudum senanglah nak betulkan balik.

2.Lakukan power pumping dan Tanderm nursing

Tips Atasi Susu Badan Merudum


Teknik power pumping adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Ini kerana teknik ini serupa dengan mimik hisapan bayi. Ibu juga boleh cuba kaedah tanderm nursing.iaitu sebelah payudara anak hisap sebelah lagi dipam.
 

3. Sentiasa positif dan yakin

Bila susu banyak ibu happy, bila susu sikit bersyukur kerana Tuhan bagi rezeki untuk anak. Yakinkan diri bahawa anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya. Jangan bandingkan hasil tenusu (perahan) dengan orang lain sebab demand setiap anak berbeza.


4. Akhir sekali pastikan pengambilan air kosong cukup sekurang kurangnya 3liter  sehari dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang.

 
Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplemen Set BF Triple M SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan.
Tips Atasi Susu Badan Merudum
 
Berminat utk mendapatkan set 3M nie. 
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan