Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda
dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?
Mari Ana beritahu anda satu rahsia:
Jangan harap anda nak kurus kalau anda tak
tahu 8 cara asas untuk kuruskan badan anda. Malah, jika anda betul-betul
amalkannya, anda akan kurus dengan berkesan!
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...
Ana akan senaraikan kesemua 8 cara mudah
tersebut seperti berikut:
1. Kawal Pemakanan
Anda
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa
kenyang atau terlalu kenyang.Tahukah anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang
anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti
harian anda.
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori
dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan
Karbohidrat, Lebihkan Protein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan
karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah
karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja)
dan kemudian anda akan berasa lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan
serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil
portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber
alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan
anda akan kurus dan langsing!
3. Jangan Berlapar!
(Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia
akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak
anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan
snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun
selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan
perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar.
Bagaimana?
4. Elakkan/
Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh air bergula adalah air berkarbonat.
Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi
setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan
menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti
kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja
menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga
boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong
8 Gelas Sehari
Air kosong adalah sangat bagus untuk badan
anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air
kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat
menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang
telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.
6. Lakukan Aktiviti
Fizikal/ Senaman Ringan
Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti
fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan
dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas
dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan
semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu
mengempiskan perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali-
sekala anda menggunakan tangga jika office/ rumah anda tidak terlalu tinggi.
Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping,
sambil kurus!
7. Pilih Program
Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
Perhatian: Jangan sesekali membuang duit
anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka,
anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/ khidmat nasihat
mereka.
Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh
menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual
pemakanan yang sangat ketat.
Jadi, Ana sarankan anda untuk mencuba set
mengawal berat badan Shaklee. Ianya selamat dan berkesan. Malah, ia mengikut
kesemua 8 cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang Ana senaraikan
tadi.
Klik sini untuk keterangan lanjut tentang set kurus shaklee.
8. Positifkan Diri
Anda
Akhir sekali, anda buatkan satu target yang
ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa
tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah
dibuat.
Timbang berat badan anda maksimum sekali
sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan
berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan
menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!
Berminat utk tahu lebih lanjut...
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan