Menu Ibu Hamil Kembar


Apabila disahkan hamil kembar, tentu perasaan bercampur baur antara teruja dan panik. Dalam kepala membayangkan perut akan membesar dua kali ganda dan sebagainya. Sebenarnya saiz anda tidaklah akan menjadi dua kali ganda daripada ibu hamil tunggal cuma ia akan lebih besar sedikit.

Paling penting ibu perlu menjaga diet agar peningkatan berat badan tidak bertambah secara mendadak. Yang pasti anda memerlukan lebih bekalan asid folik untuk membantu kecerdasan otak anda termasuk zat besi dan kalsium.

Resipi berikut mungkin boleh membantu memenuhi keperluan khasiat anda sepanjang hamil si kembar.

Menu Ibu Hamil Kembar
 

Bergedel Tauhu

Bahan-bahan:

10 keping tauhu (ditumbuk lumat)

600 gm udang (direbus dan ditumbuk halus)

5 biji cili merah (dikisar)

4 biji telur2 cawan minyak masak

Daun sup dan daun bawang secukupnya (dimayang)

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1.    Gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali telur.

2.    Bentukkan adunan menjadi bulat.

3.    Pukul telur sehingga kembang. Celupkan bahan yang telah dibulat-bulatkan tadi ke dalamnya.

4.    Goreng sehingga garing.

Menu Ibu Hamil Kembar
 

Sup Cendawan

Bahan-bahan:

½ ekor ayam

300 gm cendawan butang

2 cm halia (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)

1 biji bawang besar (dikisasr)

½ biji lada benggala merah

2 camca besar minyak masak

½ camca teh serbuk lada hitam

500 ml air

2 camca besar sos tiram

Sebatang serai

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1.          Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar hingga naik bau.

2.          Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam.

3.          Masukkan air, serai dan ayam, biar hingga mendidih.

4.          Masukkan cendawan, renehkan selama lima minit.

5.          Akhir sekali masukkan garam dan lada benggala.

Sekadar perkongsian daripada Ana. Rasa seronok tengok orang hamil kembar. Rasa nak hamil kembar gak… hehe…

Kalau nak order Shaklee, boleh hubungi Ana ye.


Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan