Tentu papa dan mama biasa diingatkan oleh orang tua-tua
tentang pantang larang yang boleh dan tidak boleh dilakukan sejak mengandung
hinggalah mempunyai anak.
Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu
mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab
membesarkan bayi.
Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.
1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung
atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.
Penjelasan:Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia
ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan
bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak tidak sukar
untuk berkembang dengan cepat. Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi
tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka
akibat geseran. Barut dapat membantu memanaskan tubuh bayi.
2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
Penjelasan:Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan
lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh
mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan
disteril.
3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
Penjelasan:Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan
keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga anak berusia enam bulan, anak
sering mengalami kejutan refleks. Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan
refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung
biasanya membuat peredaran darah anak terganggu. Ini membuatkan jantung
terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit
terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga
pernafasan.
4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
Penjelasan:Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk
memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan
antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi. Bila usia bayi meningkat, anda boleh
memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu
petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan
anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan
mahu tidur.
5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan
sarung kaki dan tangan.
Penjelasan:Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki
anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga
perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku. Jika di luar rumah,
sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung
tangan akan membatasi perkembangan deria rasanya.
6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
Penjelasan:Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan
kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan
anda memotong kuku si kecil. Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan
menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi,
sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari
asalkan berhati-hati.
7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
Penjelasan:Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika
anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak
jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang
diterima daripada ibu atau ayah.
Apa pun, ibu bapa pastinya akan memberikan yang terbaik
buat anak anak nya.
Jika anda berminat untuk membeli vitamin Shaklee. Boleh
beli daripada Ana ye. Ada pelbagai vitamin yang terbaik untuk anak anak anda
dan juga anda…
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan