Anda ibu bekerja? Anda ibu yang menyusukan bayi anda sepenuh
masa? Ana juga begitu, seorang ibu yang bekerja yangmempunyai bayi yang masih menyusu
badan. Susah juga nak aturkan jadual pada mulanya. Tapi, alhamdulillah akhirnya
Ana mendapat rentak yang sesuai. Jom Ana kongsikan tips menyusu bagi ibu yang
bekerja yang Ana cari gali dari en google. J
Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu
formula dan air kosong selama enam bulan oleh para ibu bekerjaya banyak
bergantung kepada tips tips berikut.
1.
Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun
memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa
yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan
penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor
laktasi bertauliah.
Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap
rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang
banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche
League Leader (LLLL) atau Kellymom.
Sekiranya anda mengalami apa-apa masalah berkaitan,
dapatkanlah pandangan dan penjelasan bagi menjawab apa jua kemusykilan yang
dihadapi daripada kaunselor dan pakar laktasi yang diiktiraf. Anda boleh
merujuk kepada rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba
ilmu penyusuan ibu.
2.
Mulakan dengan betul
Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan
mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal
ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa
dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.
Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu
ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan
bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama
bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk
menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.
Sementara itu, anda diingatkan agar tidak menggunakan puting
kosong dalam usaha menenangkan bayi yang meragam. Hal ini secara tidak langsung
akan menyebabkan bayi mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dengan
penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan
picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu
ibu ketika anda tidak berada dengannya sepanjang tempoh bekerja.
3. Simpan stok susu
Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang
ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi
keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin
memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan
sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang
lebih panjang.
Dalam pada itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu
menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa
dan/atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan
pam payu dara yang bersesuaian.
4.
Peralatan penyusuan berkaitan
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli
peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih
baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Jika keliru
tentang peralatan penyusuan yang benar-benar perlu dimiliki, anda boleh
bertanya dan merujuk kepada para ibu lain yang telah berjaya menyusukan bayi
masing-masing. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda
membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.
5.
Bincang dengan majikan
Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke
hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu
daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi
mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.
Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan
kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan
rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara
eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh
majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan
tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan
berkesan.
6. Perah susu di pejabat
Anda amat digalakkan untuk memahirkan diri mengamalkan
teknik Marmet ketika memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi
pilihan, gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting
untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu
menghadapi banyak masalah.
Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk
memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh
berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada
itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.
7.
Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh
membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas.
Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana
hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja
anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang
lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.
Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan
rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda
pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.
8.
Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara
eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu,
jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan
malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk
makan di antara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti
buah-buahan segar dan sebagainya.
9.
Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan
timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan
luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.
Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi
memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk
merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut
keperluannya.
Anda perlukan vitamin untuk diri anda kekal kuat dan
menghasilkan susu yang banyak walaupun sibuk dengan kerja. Mari cuba vitamin
Shaklee ni. Ambil set menyusu iaitu Alfalfa dan juga ESP. Gabungan keduanya
akan menghasilkan susu yang meriah, Insyaallah. Nak tahu lebih lanjut tentang
set menyusu Shakle, boleh klik di sini.
Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan