Makanan yg perlu dielak semasa hamil

 

Makanan yg perlu dielak semasa hamil

Makanan yg perlu dielak semasa hamilMakanan yg perlu dielak semasa hamil


 
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu wanita hamil elakkan untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan semasa hamil. Antaranya:

1.       Makanan mentah

Anda pengemar sushi?? Elakkan semasa anda hamil ye… sebabnya ia boleh menjadi penyebab kepada:

-          Toxoplasmosis

Penyakit ini disebabkan oleh parasit dalam daging mentah dan sayuran yang tidak dicuci dengan sempurna. Ia boleh menyebakan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi.



-          Cirit birit

Salmonella biasanya terdapat dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit birit boleh membahayakan bayi dalam kandungan jika tidak dirawat.

 

-          Jangkitan cacing

Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.

 

-          Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan

Salah satu puncanya daripada bacteria listeria yg banyak terkandung dalam keyu yang tidak dipasteur dgn baik.

 

2.       Vitamin A

Apa juga bentuk vitamin A yang diambil melebihi 5000 iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi.

 

3.       Alkohol

Alkohol mampu mengubah kandungan asid folik yang penting utk perkembangan janin di awal perkembangannya dan sekali gus boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan otak bayi.

 

4.       Kafein
Minuman atau makanan yang menagdungi kafein tidak elok untuk perkembangan bayi. Ia sering dikaitkan dengan masalah bayi kurang berat badan sewaktu lahir. Lagipun, kafein boleh merosakkan kandungan kalsium yang terkumpul selama ini.

 

5.       Makanan yang diproses

Salah satu makan proses yg popular ialah sosej. Ia berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yg tinggi.

 

6.       Raksa

Makanan laut seperti tuna, mackerel dan beberapa lagi ikan yang besar mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf bayi.

 

7.       Gula

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan wanita hamil mengalami komplikasi kencing manis semasa hamil. Ia akan menyebabkan berat bayi bertambahan dan menyukarkan proses bersalin.

 

8.       Produk tenusu

Susu yang tidak dipasteur dan keju yang mengandungi bacteria listeria boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang.

 

9.       Salad

Salad yg dijual dalam bunguksan perlu dicuci dgn sempurna sebelum dimakan. Ini kerana salad yg dibungkus biasanya mengandungi parasit toxoplasma yg boleh menyebabkan keguguran, kecacatan bayi dan kerosakan otak.

 

10.   Telur kuning

Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih cair biasanya mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, tetapi ia boleh menyebabkan ibu hamil mengalami muntah serius, cirit birit, demam dan dehidrat.

 

11.   Kacang tanah

Inilah satu satu jenis kekacang yg perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh meningkatkan alahan pada kacang di kalangan bayi.


Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan