Petua menguatkan ingatan



Petua menguatkan ingatan
MASALAH lemah daya ingatan atau mudah lupa sering dikaitkan dengan mereka yang berusia lanjut atau usia emas. Namun tak disangkalkan lagi orang muda juga turut menghadapi masalah mudah lupa ini.

Berikut disediakan seberapa banyak petua berupa galakan dan larangan untuk diamalkan agar minda kita sentiasa berkeadaan sihat dan kuat daya ingatan.

Makanan.
Memakan asam dan jeruk merupakan satu tabiat yang biasa di kalangan kita. begitu juga dengan kepala ikan yang memang sedap sebagai hidangan tapi terdapat juga pantang larang orang tua-tua mengatakan jika anda ingin menjaga dan memiliki daya ingatan yang kuat, elakkan dari memakan barangan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.

Ada sesetengah makanan yang boleh menguatkan daya ingatan kita antaranya kacang soya, sayur-sayuran, buah-buahan, zat besi, minyak ikan, buah kurma, anggur hitam, madu lebah, halia, buah badam, jus karot, ikan tuna, tempe, air soya, kismis, Rosemary, dan vitamin B. Amalkan pemakanan yang sihat untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

Zat Besi
Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

Kopi
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan konsentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapati bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yang signifikan dibandingkan mereka yang minum kopi tanpa kafein.

Mengunyah Gula-Gula Getah
Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga memperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

Ginkgo Biloba
Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yang merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksigen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.

Niacin atau B3 sangat baik untuk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

Menjaga Pemakanan :

Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang dan setiap daripada apa yang kita makan mampu untuk mempengaruhi otak seseorang itu kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Firman Allah mafhumnya :


“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (‘Abasa: 24)

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (an-Nahl : 114)


Makanan yang diragui kehalalannya dan makanan yang syubhah hendaklah dielakkan. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk pada badan dan terhijab daripada makbulnya doa.

Elakkan juga daripada makan secara berlebihan dan makanan yang boleh melemahkan otak seperti; kepala ikan, makanan yang dimasuki semut (ada semut mati di dalamnya), minum air semasa sedang makan (sepatutnya minum selepas selesai makan) dan makanan yang masam.

Ana juga mencadangkan ambillah juga supplemen Shaklee bagi menguatkan daya ingatan kita. Antara supplemen yang menguatkan daya ingatan ialah Omega Guard iaitu minyak ikan terbaik dari Shaklee. Selain itu juga B complex juga membantu membekalkan vitamin B yang diperlukan oleh otak kita.

Petua menguatkan ingatan

Petua menguatkan ingatan


Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan