Tips dan Petua Merawat Selsema Pada Bayi Bawah 1 Tahun

Selamat malam… Malam nie kita kembali bersiaran…hehe… semua orang dah tidur dalam rumah Ana nie… Ana je yg tercogok depan lappy… Masih setia menaip dan berkongsi ilmu gaya hidup sihat dengan korang yang sudi menjenguk blog Ana nie… Oklah, kali nie Ana nak kupas tentang cara merawat selsema di kalangan bayi… Sebabnya, baby Shafa’ baru je baik demam.. Sejak lahir hingga 8 bulan umur usianya, inilah pertama kali Shafa’ mama nie demam…. Yang paling kesian tu, bila tengok hidung dia sumbat… nak suruh hembus hingus yang ada tu dia tak reti lagi… yang dia tahu nangis dan nak dipeluk je J
Ok.. Ana nak kongsi apa yang Ana buat untuk hilangkan selsema dia… Antara yang Ana tahu dan ada yang Ana buat dan ada juga yang Ana tak buat……
1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih -Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada minyak, sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..


Tips dan Petua Merawat Selsema Pada Bayi Bawah 1 Tahun

2. Petua Garlic socks
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat seperti di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .
3. Petua bawang merah
  
Tips dan Petua Merawat Selsema Pada Bayi Bawah 1 Tahun
 
Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan di dalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan.
4. Steaming and cupping
 

Cara nie paling mujarab Ana rasa… Ana just guna periuk nasi elektrik sahaja untuk panaskan air sehingga keluar wap… Lepas tu Ana duk di tepi perikut nasi yang wap berkepul kepul tu sambil dukung Shafa’… Ana letakkan muka Shafa’ bagi terkena wap yang keluar dari periuk nasi tadi… Sambil Ana meniarapkan dia, Ana tepuk belakang Shafa’ dengan teknik Percussion… iaitu bentukan tangan sehingga menjadi macam telinga manusia… lepas tu Ana tepuk belakang Shafa’ perlahan lahan… Sila pastikan pergelangan tangan kita tidak diangkat pada belakang bayi semasa menepuknya… Ana buat cara nie sehingga 15-20 minit… Shafa’ memang menangis sungguh sungguh… Biarkan dia menangis, senang sikit hingus tu keluar dari hidungnya…
Tips dan Petua Merawat Selsema Pada Bayi Bawah 1 Tahun
Dan berikut nie plak, antara petua dan tips yang Ana jumpa semasa google tadi…
1) Mandikan bayi dengan air suam dan urut-urut sikit belakang badang dan muka bayi.
2) Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi.
3) Tumbuk halia dan letak depan hidung anak, supaya anak boleh hidu bau halia itu.
4) Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak kelapa dara. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi.
5) Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
6) Sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi.
7) Pancutkan susu ibu yang telah diperah menggunakan syringe ke dalam hidung bayi dengan agak kuat agar susu dan hingus ditelan oleh bayi.
8) Sapu air garam pekat di batang hidung bayi.
 Dan last but not leastJ

Tips dan Petua Merawat Selsema Pada Bayi Bawah 1 Tahun

Ana gunakan Nutriferon Shaklee. Kalau untuk Shafa’ Ana bagi secubit je… Alhamdulillah memang mujarab dan berkesan… Bukan untuk baby je tau… Orang dewasa pun elok ambik nutriferon nie… Nak tahu cara pengambilan nutriferon, boleh contact Ana dan jadi customer Ana dulu... Barulah boleh bagi perkhidmatan konsultasi khas setiap masa.
Jom baca pasal nutriferon di siniJ
 
Untuk pertanyaan lanjut atau order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan