Perkongsian Ana kali
ni tentang cara makan vitamin Shaklee plak. Sebab ramai yang tanya Ana macam
mana nak makan. Apakah aturan yang paling sesuai. Ok Ana jawab semua dalam
entri nie ye.
Vitamin Shaklee adalah sekadar makanan tambahan.
Sebenarnya tiada masa yang betul betul spesifik untuk makan vitamin Shaklee ni.
Apa yang kita perlu tahu adalah bilangan maksimum yang boleh diambil sehari dan
makanlah mengikut kesesuaian diri kita. Lagi satu, semua vitamin Shaklee sesuai
diambil selepas makan dan hanya zinc complex sahaja yang diambil 1 jam sebelum
makan.
Cara Makan Vitamin Shaklee
Sebelum nak cerita cara makan vitamin shaklee, perlu di ketahui
susunan produk Shaklee mengikut kepentingannya.
1.Esp- sekiranya hanya ada satu pilihan suplimen sahaja,
bermulalah dengan Shaklee ESP. ESP berperanan membaik pulih sel-sel secara
keseluruhan. Sel adalah ibarat batu bata bagi sebuah bangunan. Kukuh batu bata
maka kukuhlah bangunan itu.
2.Vitalea – ibarat makan makanan seimbang dan dapat memenuhi
keperluan setiap sel dari hujung rambut sampai hujung kaki.
(Nota: Dengan mengamalkan 2 produk di atas,
lnsyallah 50% pembaikan telah berlaku
ESP
Mulakan hari kita dengan segelas ESP (protin). Bancuh 1 sudu besar penuh ESP dengan 3/4
gelas air sejuk atau air suam, kacau rata dan diminum segera.
Bolih juga dicampur dengan susu atau jus kegemaran anda, ikut
citarasa masing-masing.
Sekiranya mengambil collagen boleh dicampurkan bersama esp,
rasanya menjadi lebih lemak/ sedap.
Cara Makan Vitamin Shaklee
Lecithin & Omega, Alfalfa & Zinc
– vitamin sebelum makan
Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya
dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia
untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.
Alfalfa disamping
mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang
tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi
seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak,
kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke
usus besar.
Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber
dengan syarat minum air yang mencukupi. alfalfa juga baik untuk masalah angin
dalam badan dan gastrk dan alergik.
* Sebelum Makan Tengahari dan Malam – Sukatan 3 kapsul lecithin
+ 1 capsul omega + 5 alfalfa.
Tapi kalau terlupa dan sebagainya, ambil sahaja selepas makan
bersama vitamin-vitamin yang lain. Tidak memudaratkan cuma antara baik dan
lebih baik.
Zinc Complex
Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (iaitu 1 jam – 30
minit sebelum makan), kerana dalam proses pencernaan yang normal, zinc
akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.
Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya
dengan zinc sekaligus akan mengganggu penyerapan.
Cara Makan Vitamin Shaklee
Selain Lecithin, Omega, Alfalfa dan Zinc,
semua vitamin di cadangkan diambil selepas makan.
Walaubagaimanapun sebaiknya tidak mengambil semua vitamin
serentak tetapi mengagih-agihkannya diantara selepas beberapa waktu makan
seperti lepas sarapan pagi, lepas lunch, lepas minum petang dan lepas makan
malam, untuk penyerapan yang terbaik dan perlindungan berterusan sepanjang
hari.
*
Selepas minum pagi – 1 Vita C & 1 B- Complex.
*
Selepas makan tengahari – 1 vita lea, 3 B – complex, Vita C
*
Selepas makan malam – 2 osteomatrix, 1 B-complex, vita E.
Cara Makan Vitamin Shaklee-
Elakkan:
1
Elakkan mengambil Vita Lea dan Osteomatrix serentak. kerana iron di dalam Vita
Lea boleh mengganggu penyerapan Calcium di dalam Osteomatrix.
2
Jangan gunakan air panas untuk membancuh ESP sebab akan merosakkan kandungan
protin.
3
Elakkan mengambil vitamin bersama nescafe dan tea, minuman mengandungi kafein,
sekurang-kurangnya bagi jarak masa 30 minit antara keduanya, mengelak ganguan
penyerapan vitamin.
Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.
Bagi
individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga
jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.
Jangan
sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil
suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan
pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin
sihat
Nak tahu lebih lanjut... Macam
mana nak order...
Boleh hubungi Ana
di:
email : anaadnicollection@yahoo.com
FB : Pn Salhana Arshad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan