Jana Pendapatan Dengan Shaklee


Salam sayang untuk semua pengunjung blog Ana. Hari nie Ana tergerak hati untuk berkongsi tentang bagaimana Ana terjebak dengan Shaklee nie dan seterusnya Ana mampu menjana pendapatan dengan Shaklee.

Oklah, Semuanya bermula pada 11 November 2013… Masih barukan…Sekarang pun baru bulan Februari 2014. Tapi jangan terkejut tau, Ana dah mampu menjana pendapatan 4 angka dengan Shaklee hanya dalam tempoh 3 bulan je. J Alhamdulillah, rezeki dari Allah yang satu.

Semasa Ana nak daftar menjadi ahli Shaklee nie, niat Ana hanya lah nak beli untuk makan sendiri je. Memang Ana dah ambil Shaklee nie sejak Ana mengandung anak yang ke empat lagi. Tapi itu pun, ambil dah hujung trimester yang ketiga… Dah nak bersalin sangat sangat dah… Lepas bersalin Ana masih setia dengan Shaklee… Sebabnya,pada masa tu, Shaklee nie sedang famous… So, terasa nak cuba berpantang dengan set bersalin Shaklee… Bermulalah sesi berpantang Ana tanpa sebarang jamu. Alhamdulillah, sepanjang berpantang tu (Ana cizer lagi waktu bersalin tu), Ana terasa diri kuat dan luka sebab operate pun cepat sangat sembuhnya… Rasa macam orang yang bukan baru bersalin je… hehehe…
Jana Pendapatan Dengan Shaklee
Selepas 3 bulan kami bersama Shaklee
 


Jana Pendapatan Dengan Shaklee
Saat pertama Ana menjadi pengedar sah Shaklee-dalam pantang anak keempat :)

Satu hari, en hubby kata, apakah ayang jadi ahli terus… kan senang… boleh dapat harga ahli untuk beli semua barang tu… barulah terfikir, betul jugak tu… So, Ana contact kawan lama waktu sekolah menengah nie… Ana memang tahu yang dia jual Shaklee tapi tak pernah pun beli dari dia… kwang kwang… J

So, dipendekkan ceritanya, Ana pun mendaftar jadi ahli Shaklee dengan member nie… Alhamdulillah, bersyukur sangat sangat… Sebab nya, dapat berjumpa dengan upline yang memang baik dan mampu membimbing… Member Ana nie, Ana dah panggil mommy sebab dah jadi upline Ana yang begitu baik sekali J… Mommy nie lah yang ceritakan keseronokkan menggunakan produk Shaklee nie… dan senangnya berbisness dengan Shaklee… Boleh jana pendapatan dengan Shaklee lagi… So, dari waktu itulah, bermulanya saat Ana aktif berniaga Shaklee secara online dan juga offline… Terasa sangat teruja tau, sebab rupanya ramai sangat mereka yang di luar sana yang nak beli Shaklee… Ana just declare dan promote yang Ana ni pengedar Shaklee yang sah…

Alhamdulillah, rezeki masuk sedikit demi sedikit… Dari zero tentang online bisness nie Ana daki anak tangga demi anak tangga… Semuanya dari bimbingan mommy dan daddy Shaklee Ana… mereka berdua adalah upline yang baik… Sebab tu tersangat penting untuk kita mendapat upline yang mampu membimbing kita… Kalau anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, Ana galakkan sangat sangat anda berdaftar dengan Ana. Jadi, anda akan menjadi anak cucu cicit mommy dan daddy Shaklee Ana yang superb nie… Masuk dalam kumpulan kami yang memang best…

Sekarang nie Ana sedang berusaha untuk jana pendapatan dengan Shaklee untuk 5 angka plak… Bukan mustahil tau.. Mommy Ana sendiri pun dah dapat 5 angka.. J

Tapi sayang sangat, sekarang nie ramai yang prejudis dengan MLM… Ramai yang anggap Shaklee MLM yang head hunting tu… Kena cari kaki kiri dan kanan bagai tulah dan bermodalkan wang beribu ribu… Semua tu tak ada langsung dalam Shaklee… Sebab tu, jangan percaya kalau tak kaji dulu tentang Shaklee nie… Jangan pandang pengedar Shaklee nie hanya nak head hunting sahaja… J

Sebenarnya, nak jadi ahli Shaklee nie hanya bermodalkan RM75 untuk Semenanjung dan RM85 untuk Sabah dan Sarawak… Kalau nak keahlian percuma plak, anda hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM680 iaitu bersamaan dengan 200 point lebih kurang… tak sampai pun beribu ribukan… J

Bisnes Shaklee nie sangat mudah. Ana tak perlu nak keluar rumah pun… Ana memang simpan ready stok banyak kat rumah je… itu pun Shaklee yang pos kan terus ke alamat rumah Ana. Ready stok pada Ana nie pun macam goring pisang panasJ letak sekejap je pada rak, dalam seminggu mesti habis punya… Order lagi dari Shaklee… Senang giler lah sebenarnya… J hehe… keluar rumah pun sebab nak COD pada customer dan pos laju je… hehe

Bisness Shaklee nie sebenar nya di mana sahaja pun boleh… Ana nie asalkan ada tiga benda nie dah ok sangat sangat… Bisnes memang jalan J  Ada lappy atau smartphone Ana dan for sure lah internet pun perlu ada. Kadang tu, sedang masak, tunggu giliran anak di klinik, masa free semasa di sekolah dan masa beriadah bersama family pun boleh je… Janji ada tiga benda penting tu… Bisness boleh diteruskan…

Ana dengan downline Ana pun senang je… Kalau mereka jadi ahli sebab nak guna sendiri je, Ana akan bagi konsultasi percuma seumur hidup buat mereka… tapi jika ada yang nak serius berbisnes, mereka nie Ana akan bimbing secara serius Supaya mereka dapat mencapai pendapatan 4 - 5 angka dalam Shaklee seperti Ana jugak…

Setiap tengah bulan yang kita selalunya tak dapat gaji lagi tu… bonus Shaklee akan masuk… best sangat… Bonus 4-5 angka… siapa yang tak sukakan J masa nielah peluang Ana untuk berbakti kepada mak abah dan keluarga mertua Ana… Family dan adik adik pun Ana tak lupakan… mereka yang di memerlukan d luar sana pun Ana akan bantu, insyaallah J Semuanya berubah, setelah Ana dengan Shaklee ye… Alhamdulillah, rezeki dari Allah.. bersyukur sangat sangat… Sebab tulah amalan rohani kita jangan tinggalkan… kuat amalan rohani kita, pastinya ada rezeki dari Allah untuk kita J

Ana masih mahu melangkah jauh lagi dengan Shaklee… Impian Ana nak dapatkan car bonus dengan Shaklee… Ana nak pilih kereta idaman Ana dan Shaklee akan bayarkan… best tak??? Hehe…

Ana nak melangkah bersama-sama anda yang berminat untuk merubah hidup masing masing… Mari kita melangkah bersama sama dan masuk dalam group Superb Generation Family Ana nie…Yang penting, silalah pilih upline terbaik yang mampu membimbing anda dari segi produk dan juga marketing.. selain tidak jemu untuk memberikan motivasi dan bimbingan emosi dan rohani jugak. Jadi, jika tersalah pilih, alamatnya anda pasti akan kecundang di tengah jalan… L

Khusus untuk mereka yang berdaftar dengan Superb Generation Family nie, Ana menyediakan perkara berikut untuk Ana:

·         Bimbingan tentang produk dan cara pengambilan produk yang betul

·         Bimbingan secara kumpulan dan juga personal

·         Tips marketing untuk pemasaran secara online (bina blog dan juga FB page, dll)

·         Kumpulan sokongan online (whatsapp group, facebook group)

·         Panduan untuk mengembangkan empayar bisness Shaklee anda

·         Sokongan moral dan emosi

·         Jalinan silaturahim antara ahli kumpulan yang mesra dan kuat

Berikut Ana konsikan gambar bersama group Ana ye… Memang superb…

 
 
 
Pada Ana menyertai Shaklee adalah keputusan terbaik Ana dan suami… Sokongan suami amatlah penting… Paling tak pun restu suami perlu ada… Dia tak tolong pun tak pe, janji ada restukan J Alhamdulillah, suami Ana memang menyokong penuh… Tukang pos dan COD tu adalah tugas utama en. suami … Ana ikut kadang kadang je… hehe J

Memang 2 bulan pertama tu, Ana dan suami agak stragle jugak… yelah nak kembangkan empayar kan… mengorban masa tidur, masa rehat dan kadang kadang masa bersama keluarga, tetapi sekarang nie, alhamdulillah, usaha tu dah menampakkan hasil… biarlah bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian kan J

Jadi jomlah bershaklee dengan Ana… Tak perlukan modal beribu ribu… Kita tentukan sendiri pendapatan yang kita nak… 4 angka.. 5 angka… semua boleh… Cuma pastikan anda mempunyai semangat yang kuat, jiwa yang kental dan tidak mudah putus asa… Jangan bimbang, Ana akan bimbing anda sampai berjaya dan boleh mendapat kebebasan kewangan.

Apa tunggu lagi, jom daftar dalam group Superb Generation Family dengan Ana…

Untuk pertanyaan lanjut atau order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan