Isu hari nie Ana nak berkongsi tentang
masalah yang selalu dialami oleh kaum hawa tak kiralah anak dara, ibu hamil,
wanita bekerjaya atau pun wanita yang berusia 40 an ke atas. Semuanya, pasti
pernah mengalami masalah keputihan ini. Cuma yang membezakannya adalah banyak
dan sedikit sahaja J Oklah, jom kita kenal
dulu apa dia keputihan ni.
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di
antara seorang wanita dengan yang lain. Keputihan biasanya berwarna jernih atau
kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau
kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Dan sebaliknya, jika
keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau
hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj, maka ia menandakan
jangkitan.
Punca Keputihan Terjadi:
§
Keputihan
atau lendir faraj berubah
akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan atau penyakit
dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
§
Keputihan akan bertambah
cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
§
Wanita yang dalam
keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang
dialaminya.
§
Keadaan stres mental
juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan
berlebihan.
§
Begitu juga dengan
penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis dan tiroid yang boleh mengakibat
ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
§
Penyakit yang paling biasa
menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial
vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau
herpes.
§
Setiap satu jangkitan
mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk
memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya
disebabkan oleh jangkitan.
Adakalanya
ianya normal dan tidak mendatangkan mudarat. Walau bagaimanapun, ada kes yang
abnormal dan perlu diberi perhatian yang serious.
Nota Penting!
Untuk wanita
hamil, anda
tidak perlu risau sekiranya faraj anda menghasilkan lelehan atau rembesan yang
lebih banyak daripada biasa. Itu adalah normal. Walau bagaimanapun, anda perlu
memberikan perhatian yang lebih terhadap kebersihan dan penjagaan faraj untuk
mengelekkan masalah keputihan melanda.
Jenis-Jenis
Keputihan & Puncanya
1.
Berwarna jernih, tidak berbau & tidak gatal
Keputihan
jenis ini adalah normal dan biasanya berlaku 2 minggu
menjelang haid, sekitar waktu subur dan semasa mengandung. Ianya juga boleh
dihasilkan sekiranya terlalu stress.
2.
Berwarna putih, berair & berbau
Mereka
yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan
sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat
yang dikenali sebagai candida albicans.
3.
Putih pekat, melekit dan berbau
Keputihan
jenis ini biasanya berpunca daripada radang pada serviks & vagina. Masalah
ini turut disebabkan oleh jangkitan candida albicans.
4.
Coklat dan berair
Dalam
kes ini, ianya berpunya daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau
endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti
keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman.
5.
Merah muda, cair dan tidak berbau
Situasi
ini biasanya terjadi di setelah melahirkan anak. Ianya juga mungkin petanda
berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. Masalah ini juga
boleh disebabkan oleh hormon estrogen yang
berlebihan.
6.
Kelabu dengan garis berdarah serta berbau busuk
Keputihan
jenis ini jarang berlaku dan berkemungkinan sebagai petanda awal kanser.
7.
Kuning kehijauan, gatal, berbau busuk
Sekiranya
keputihan yang anda alami seperti ini dan anda berasa sakit di sekitar kawasan
kemaluan serta mempunyai tanda kemerahan di faraj, anda mungkin terkena
jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis.
8.
Kuning dan kental
Keputihan
jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit
ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkitan nisseria gonorrhoe.
Jika anda aktif dalam
melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan
pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam
(panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan
wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
PETUA MERAWAT KEPUTIHAN
Petua pertama
Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali
dan bersihkan. Kemudian rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air
bersih. Masukkan sedikit garam ke dalam itu. Setelah mendidih, biarkan
ia sehingga sejuk. Apabila telah pun sejuk, tapislah air rebusan
itu. Minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah rasa
gatal itu sembuh.
Petua Kedua
Ambil 12 helai daun sireh dan
bersihkanya. Kemudian sediakan 1 liter air suam. Ramas kesemua daun
sireh tadi bersama-sama air suam tadi. Tapislah air tersbut. Gunakan
air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda. Selain dapat
menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali
bahagian alat sulit wanita. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah
keputihan yang dialami.
Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang
didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun dinasihatkan berjumpa
dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan di kemudian hari.
Ana juga menawarkan
produk Shaklee iaitu Set Rawatan Keputihan yang amat sesuai untuk merawat
keputihan miss V kita.
Set Rawatan Keputihan
Shaklee ini terdiri daripada:
1.
Alfalfa – Kaya dengan
klorofil yang bersifat antikulat
2.
Garlic – Antibiotik semulajadi,
antikulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan
DAN ANDA JUGA BOLEH ADD ON
3.
Gla – Menghalang kulat
dari merebak
Berikut Ana kongsikan testimoni pelanggan yang puas hati dengan produk Shaklee untuk merawat keputihan
Untuk
pertanyaan lanjut atau order...
Boleh hubungi Ana
di:
email :anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page
FB :Cikgu Vitamin
Ana(sila klik LIKE untuk info
terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776
Tiada ulasan:
Catat Ulasan