Bersedekah Menjemput Rezeki...

Assalamualaikum semua...

Kali ni Ana nak berkongsi tentang kaedah kedua untuk menjemput rezeki. Apakah itu?

Bersedekah...

Bersedekah memang banyak kaedahnya. Kadang ada kalanya kita tak sedar pun yang kita sebenarnya sedang bersedekah. Memang kita dah amalkan...

Oklah kali ni, Ana nak kupas tentang tajuk ni plak...

Janji Allah tentang sedekah


Pertama sekali selepas bangun tidur, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita. Takkiralah sama ada mereka masih hidup atau sudah mengadap Ilahi. Yang penting sedekah kita kepada ibu bapa tersayang kan :) Senang bukan!!

Ada lagi cara yang mudah, apabila kita bangun untuk solat subuh atau pun awal sedikit, solat taubat dan solat tahajud... Kita tarik duit dalam purse kita nak asingkan ke satu tabung....  Yang ni Ana panggil infaq subuh... Niatkan untuk didermakan kepada mereka yang memerlukannya... Tak kiralah beberapa ringgit pun. Asalkan ikhlas memberi... Dan apabila akhir bulan, kita sedekahkan... 

Lagi satu, kita juga boleh niat macam ni ketika kita nak keluar rumah... Aku nak bersedekah kepada mereka yang aku jumpa nanti... Lagilah jika kita keluar ke pasar pasar malam contohnya... ramai jugak mereka yang memerlukan berada di situ... Niat sedekah kepada mereka... Duit memang kita dah asingkan semasa infaq subuh tadikan :)
 insyaallah akan ada rezekinya...

Tetapi sedekah yang paling afdal adalah sedekah kepada saudara mara terdekat kita. Apa yang kita nak sedekahkan.. Wang ringgit sahaja ke??? tak semestinya. Sebenarnya, apa sahaja yang mampu membuatkan insan itu gembira... itu namanya sedekah...Allah swt, gandakan berganda-ganda apa yang kita sedekahkan ini... Insyaallah...

Dan yang terakhir, yang paling paling mudah... senyuman adalah satu sedekah. Percuma sahaja tanpa sebarang modal... Mudahkan. Banyakkan senyuman, banyakkan sedekah... Maka banyaklah aura positif di sekeliling kita...

Jadi, pesan Ana, jangan lupa bersedekah ye... Satu kaedah mudah untuk menjemput rezeki... Ana dah mula, anda bagaimana? Jom sama-sama menjemput rezeki dengan cara bersedekah...

Berminat untuk membeli vitamin Shaklee kan... Hubungi Ana ye...

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
email : anaadnicollection@yahoo.com
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776