Posisi Tidur Ibu Hamil

Ibu hamil dan juga suami wajib ingat perkara ini! Keselesaan ibu hamil yang tenang ketika tidur sangat berkait rapat dengan keselamatan bayi dalam kandungan. Jadi apakah tips yag selesa dan selamat untuk ibu hamil tidur? Apakah tips dan cara tidur terbaik ibu hamil?

1. Tempat tidur yang selesa

Tak sabar nak pulang dari kerja jika ada bilik tidur macam ni

Sebelum ibu hamil mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur kita berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari kita. Selain itu boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavender.
2. Mandi atau berendam dengan air panas sebelum tidur

Mandi malam tak bagus ke? Itu hanya mitos lama

Ketika hamil kebanyakan ibu hamil akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan ibu hamil tidur dengan nyenyak kelak.

3. Tidur dengan posisi mengiring


Posisi mengiring ke kiri lebih baik untuk ibu hamil

Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk ibu hamil terutamanya kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya ibu hamil terjaga pada tengah malam dan mendapati diri sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi. Ibu hamil cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan diri sendiri.

4. Lebihkan bantal untuk sokongan


Tengok pun dah tahu. Selesakan?

Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu hamil. Namun adakah kita tahu bantal yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur ibu hamil? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada ibu hamil. Jika ibu hamil mahu lebih selesa, saya cadagkan cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.

5. Berurut sebelum tidur


Leganya dapat urut dari suami

Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan suami. Minta suami untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan ibu hamil malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

6. Elakkan makanan pedas dan berasid


Lupakan sementara makanan kegemaran kita

Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan. Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, ibu hail perlu elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

7. Minum air banyak di siang hari, kurangkan minum air di waktu malam


Minumlah air secukupnya

Pasti ibu hamil tidak mahu tidur ternganggu untuk berulang-alik ke tandas membuang air. Betul tak? Situasi ini dapat dielakkan dengan mengurangkan minum air pada malam hari. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja. Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras. Pasti akan menganggu tidur malam ibu hamil.

8. Makan Ostematrik Shaklee sebelum tidur





Amalan ostematrix shaklee sebelum tidur dapat membantu ibu hamil mendapat tidur yang selesa terutamanya ibu hamil yang sering mengalami kekejangan kaki dan sakit belakang. Ini adalah situasi biasa semasa hamil. Ostematrik memberi nutrisi kalsium dan magnesium lengkap kepada ibu hamil. Semasa tempoh kehamilan ibu hamil jangan abaikan keperluan kalsium.

Boleh hubungi Ana di:
Nor Salhana; Shaklee ID : 1077743
Fan Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan