Tambah koleksi fridge magnet

Jalan jalan cari fm... hehe... tulah yang Ana buat masa cuti sekolah nie... Berjalan seluruh Malaysia untuk kumpul fm yang cun cun... Cuti sekolah kali nie, kami sekeluarga bercuti sakan ke Cameron Highlands, Kuala Lumpur, Gambang, Kuantan, Pantai Cherating, Pantai Teluk Chempedak, dan patah balik ke Kuala Lumpur (Aquaria KLCC) dan singgah sat di Pulau Pinang... hehe... sakan kan...

Cuti sekolah kali nie dapat sama cuti dengan cik abang. Apa lagi, balas dendamlah sebab lama dah tak dapat holiday... Memang best sangat.. Dapat pulak jalan jalan dengan baby baru... :)

Setiap tempat yang disinggah tu pasti Ana akan sambar fm punya. Penuh beg dengan fm je... Habis dekat RM200 jugak lah untuk fm je... Memang Ana budget untuk cuti kali nie, fm RM200... Tercapai jugak akhirnya...

Nie antara gambar fm yang berjaya di sambar. Ada banyak lagi sebenarnya... tak dan nak tangkap gambar...huhu... sampai rumah, terus je lekat kat board... :)


fridge magnet
Tangkapan di Pasar Seni :)
fridge magnet
Tangkapan di Pasar malam Berinchang, Cameron Highlands :)