Ahhh... Migrain menyerang lagi... Bagaimana untuk mengatasinya...

Pernah sakit kepala??? Mesti pernahkan... Ana pun selalu jugak sakit kepala... Tapi sekarang dah tak ada... Sebabnya, ni yang Ana nak kongsikan. Baca entri nie sampai habis ya... :)



migrain
aduh... sakitnya kepala den... huhu


Pastikan kita tahu sakit kepala kita disebabkan oleh apa ye... Ada perlbagai sebab untuk sakit kepala. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 
  1. Sakit kepala kerana tekanan
  2. Sakit kepala kerana sinus
  3. Sakit kepala kerana migrain



migrain
Jenis migrain

Sakit kepala kerana tekananYang ini disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya. Macam selalu berlaku pada kitakan... :)


Sakit kepala kerana sinus 


Yang ni pula disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat dan berdengut denyut. Rasa nyap nyap je... huhu...


Sakit kepala kerana migrain 
Yang nie yang Ana nak kongsikan. Sakit kepala yang ‘paling popular’ iaitu kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
 
Migrain adalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang dan disertai juga dengan muntah. Ia menyebabkan ketidakselesaan pada sistem neurovascular. Sakit kepala yang disebabkan oleh migrain ini selalunya rasa bernyut-denyut dan berpanjangan dari 2 jam ke 72 jam. Ia juga menyebabkan muntah, rasa loya, sensitif kepada cahaya yang terang dan bunyi yang kuat. Selalunya mereka yang ada ibu atau bapa yang mengidap migrain, pastinya akan mendapat migrain juga. Remaja perempuan juga selalu mendapat migrain selain dari remaja lelaki. Ini kerana ketidakseimbangan hormon pada tubuh badan remaja perempuan.
 
Selalunya, pesakit migrain hanya diberikan ubat tahan sakit. Berapa lamalah kita nak makan ubat tahan sakit je. Lebih baik kita cuba alternatif lain iaitu pengambilan supplemen semulajadi untuk ganti ubat tahan sakit tu.
 
Kenapa supplemen lebih baik dari ubat tahan sakit. Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan yang membekalkan nutrian harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
 
Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium; Vitamin D)
 
 
 
- Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
- Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
- Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

 

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
 

So, kepada pesakit migrain, kita perlu tahu apapun sakit kita. Jika dari pemakanan, silalah jaga pemakanan kita ye. Lagi satu, jangan ambil ubat yang banyak mengandungi dadah tetapi lebih baik kita amalkan supplimen semulajadi seperti SHAKLEE. Memang elok dan terbukti berkesan. Selain dari ubati sakit migrain kita juga boleh dapat kebaikkan untuk elak penyakit lain... :) Mencegah lebih elokkan... :)
 


Nak tahu lebih lanjut... Macam mana nak order...
Boleh hubungi Ana di:
Fun Page FB : Cikgu Vitamin Ana (sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776



Tiada ulasan:

Catat Ulasan