Atasi Jundis Bayi Dengan Susu Ibu

Salam sayang untuk semua ibu, mama, umi dan mommy.. :)  Sebelum nie Ana pernah terbaca keresahan seorang ibu berkenaan anaknya yang ada jaundis. Ssebenarnnya ada bayi yang mempunyai jaundis sehingga empat lima bulan.

Apa itu Jaundis? - atau nama kampung 'kuning'
 
  • Satu keadaan dimana warna kulit bayi menjadi kekuningan.
  • Disebabkan oleh pengumpulan bilirubin pada darah.
  • Bilirubin adalah pigment yang berwarna kuning, terjadi hasil dari pemecahan sel darah merah yang sudah tua.
  • Adalah normal untuk sel darah merah pecah apabila mencapai usia tertentu. Bilirubin terhasil akan dimetabolismakan oleh hati dan dikeluarkan melalui usus.

Atasi Jaundis Bayi Dengan Susu Ibu
 

Terdapat 3 jenis Jaundis.
1) Physiologic Jaundice-
Ini adalah Janudis yang biasa berlaku pada kebanyakkan bayi baru lahir.  Pada usia beberapa hari, enzim hati  belum cukup matang untuk metabolisma biliburin. Lagipula, bayi yang baru lahir mempunyai lebih banyak sel darah merah berbanding orang dewasa, maka lebih banyak pecahan berlaku pada satu masa. Juga sel darah merah bayi juga tidak hidup lama berbanding dengan sel orang dewasa.

Risiko jaundis lebih tinggi sekiranya:-
  • bayi adalah pramatang
  • bayi 'stress' semasa proses kelahiran yang sukar
  • Ibu mempunyai diabetis semasa mengandung
  • bayi mempunyai keadaan dimana banyak sel darah merah pecah pada satu masa

 
2) Breastmilk Jaundice
Ini adalah jaundis yang berterusan selepas redanya Physiologic Jaundice. Berlaku pada bayi yang sihat dan menyusu sepenuhnya dari ibu. Tiada penyebab yang diketahui untuk jaundis jenis ini walaupun ada spekulasi mengatakan ia dikaitkan dengan sesuatu yang terkandung di dalam susu ibu yang menghalang pecahan bilirubin. Jika anak anda mempunyai jaundis jenis ni, tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan susu ibu anda. Tidak bermaksud penyusuan susu ibu perlu dihentikan.

Kebanyakan bayi yang hadir dengan jaundis ni mungkin akan terjadi satu lagi peningkatan dalam tahap bilirubin pada kira-kira 14 hari, tetapi akan menjadi stabil dan akhirnya menurun. Jaundis jenis ini boleh bertahan selama 2 - 3 bulan selepas kelahiran. Selagi bayi menyusu dengan baik dan tahap bilirubin dipantau, jarang sekali akan membawa kepada komplikasi serius.



3) Breastfeeding Jaundice
Jaundis ini pula disebabkan oleh bayi tidak mendapat susu ibu yang cukup dan tidak berkaitan dengan Breastmilk Jaundis. Bayi memerlukan jumlah susu ibu yang mencukupi untuk meningkatkan pergerakan ususnya. Ini membantu dalam mengeluarkan bilirubin dari badan melalui sistem pembuangan. Jaundis jenis ini akan selesai dengan peningkatan dalam supply susu ibu atau sekiranya si ibu bercadang untuk memberi tambahan susu formula. Jarang sekali jaundis jenis ini memerlukan apa-apa jenis rawatan.



 
Apakah Rawatan untuk breastfeed baby yang ada Jaundis?

Jika tahap bilirubin adalah di bawah 20 miligram, rawatan berikut sering digunakan untuk jaundis pada bayi sihat dan bukan pramatang;

Tingkatkan penyusuan 8-12 kali sehari. Cara terbaik untuk mengurangkan tahap bilirubin untuk membantu mengeluarkannya dari tubuh badan. Meningkatkan penyusuan akan meningkatkan pergerakan usus, yang mana akan menyingkirkan bilirubin

Pastikan bayi menghisap payudara dengan baik, supaya boleh mendapatkan susu sebanyak yang diperlukan. Hisapan yang tidak betul boleh menjejaskan jumlah susu yang bayi minum.

Sekiranya susu ibu tidak cukup dan dicadangkan oleh doktor untuk memberi formula, maka terpaksalah si ibu mengepam agar tidak mengganggu penghasilan susu ibu. Campuran susu ibu dan formula adalah cara yang terbaik untuk tidak mengganggu hubungan penyusuan.

Mungkin doktor akan mengesyorkan sesi fototerapi apabila bilirubin mencapai tahap lebih dari 15-20 miligram. Ada doktor akan mencadangkan untuk berhenti menyusu selama 1 hari. Namun teruskan mengepam agar supply tidak terjejas dan penyusuan menggunakan botol atau sudu boleh diamalkan.
 

Atasi Jaundis Bayi Dengan Susu Ibu
 

 Rawatan yang tidak digalakkan untuk mengurangkan Jaundis bayi menyusu:
 
  • Memberi dengan air gula sebagai pemakanan. Ini dapat menjejaskan penghasilan susu ibu dan seterusnya melambatkan penurunan tahap bilirubin
  • Menghentikan penyusuan susu ibu. 
  • Ini akhirnya boleh menjadikan jaundis teruk dan boleh mensabotaj usaha ibu untuk menyediakan anak dengan pemakanan yang terbaik. Kerapkan penyusuan susu ibu dengan cara hisapan yang betul, adalah cara terbaik untuk mengurangkan jaundis.


 
APA-APA PUN JANGANLAH BERHENTI MEMBERI SUSU IBU KEPADA BAYI YANG ADA JAUNDIS

 
Semoga ini dapat memberi info kepada ibu-ibu ya... Sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan atau kesihatan jangan segan, dan ingin cuba vitamin Shaklee ni, boleh hubungi Ana ya...
 
Untuk pertanyaan lanjut atau order...
Boleh hubungi Ana di:
Fan Page FB :Cikgu Vitamin Ana(sila klik LIKE untuk info terkini)
SMS/Wechat/Whatapp : 019-4640776

Tiada ulasan:

Catat Ulasan